Haghi ni 13 Mac 2010.
Eh! 13 Mac? Ni haghi istimewa nih!
Wah! anak ambo dah 13 tahong ghupanya. Dah remajalah!Heh...heh...heh....!
Dia ambo lahirkan tak cukup bulan, kandungan ambo 6 setengah bulan sahaja. Dengan berat 900g semasa di lahirkan, dia cukup derita semasa kecil. Wayar berselirat seluruh badan dan terpaksa tinggal dalam incubator selama 3 bulan. Jarum suntikan sentiasa singgah di badan setiap hari, setiap masa. Kesedihan dan debaran menyelubungi seluruh keluarga ambo. Ah! Tak sedar ambo, dia dah remaja kini.
Selamat Ulang tahun anak mak. Semoga dikau terus berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran,
juga dalam hidupmu. Harapan dari mak semoga anak mak yang comel ini akan menjaga maruah diri dan keluarga serta beroleh kesihatan yang baik.
SELAMAT ULANG TAHUN dari mak, abah dan abang Aiman. Sayang selalu!
0 comments