ShareThis

Ahad, 1 April 2012

..........DI KESEMPATAN INI......!!!!.

ASSALAMUALAIKUM!!

Salam petang semua....semoga kita semua dalam perlindunganNYA...ALLAH
yang Maha Berkuasa!

Hari ni Ahad 1.4.2012.....bersamaan 9 Jamadilawal 1433 Hijrah! Eee..ehhh! hari lahir ambo !!
Udah berganjak lagi dah umur ambo...hehehe kompom 'warga emas' dah nih!
Syukur pada ALLAH kerana mengurniakan kepada ambo kesihatan yang baik, 'hati' yang sihat
dan keluarga yang bahagia.

Ambo tahu dan sangat percaya, setiap keikhlasan tu akan di balas dengan keikhlasan.
Kiranya kalo kita berbuat baik, akan baiklah balasan yang kita terima. Betulkan Jah?
Pada ambo kasih sayang itu sangat penting, walopun hidup ambo sekeluarga, hanya
'yang sedang-sedang saja' namun itulah yang 'mengeratkan' perhubungan ambo dan keluarga!

Janganlah hendaknya ada dengki di hati ambo ya Tuhanku, limpahkanlah kasih sayang ambo,
jujurkanlah ambo dan jadikanlah ambo seorang hambaMu yang selalu bersyukur, isteri dan ibu yang pengasih, anak yang tak pernah melupaka doa kepada kedua ibu ayah, adik yang pengasih dan menghormati dan warganegara yang penuh kasih sayang,bertanggungjawab dan amanah!

Ya ALLAH, di usia ambo yang ke 51 tahun ni, ambo akan terus memohon keberkatanMu !!!!
Ampunkan segala dosa ku ya ALLAh !!


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...