ShareThis

Rabu, 25 April 2012

KERABU PUCUK PAKU

Wuaaaaa...wwuuaaaaaa...wwwuuuuuuaaaaa!!
Ambo' teghiak'  tak berlagu! ('Teghiak' dalam loghat kampung ambo berarti menangis!)
Bagi salam dolu makcik.......bagi salam!

Opppppssss!
ASSALAMUALAIKUM !!

Huh! Udah lama beno kita tak berjumpa! Winnddduuuunya ambo pada mike semua!
Ngape? Isy..isyyy..iisssyyyy! Di rumah ambo takdak 'tenet'! Bukan di rumah ambo aja...di kampung ambo jugak! Aluhai Jah! Ni bukan' mati kutu' aja....udah segala 'mak bapak kutu' udah mati!
Iyalah,...3-4 hari Jah..'tenet' padam! bukan tenet aja...'talian talipon' juga terputus!

Duduk di kampung, lecehnya kalo macam nih! Segala 'tindakan' lambat di ambil! Nak buat macamana..sabau ajalah Jah!
Apa-apapun, ambo sayang kampung ambo! Sape tak sayang kampung wei? Kalo tidak, tak adalah Allahyarham Sudirman nyanyi lagu 'Balik Kampung' kan..kannn...kannn????

Huh! Udah panjang bebeno ambo berleter....moh le kita berkongsi masakan pulak. Nak ke Jah?
'KERABU PUCUK PAKU' ni ambo buat minggu lepas gamaknya! ambo pun udah lupa..tapi..ada tapinya Jah....ambo nak kongsi jugak dengan mike nih!

Moh le kita berkongsi...sedap Jah kalo di makan gitu aja! Kalo di makan dengan nasi panas-panas pun sedap juga! Memang kalo ambo gi kenduri 'kampung' makanan ni lah yang menjadi pilihan nombor 1 ambo!
Kita kongsi ye!

Bahan asas:

2 ikat Pucuk paku
50 sen Taugeh
7 helai Daun kadok
Udang kering / kerang
6 batangSerai
1/2 inci Lengkuas
Cabai melaka (ikut keperluan)
2 sudu besar Kerisik
3/4 cawanSantan pekat
4 ulas Bawang kecil
Sedikit garam
Sedikit air asam jawa

- Pucuk paku di potong dan di celur. Taugeh juga di celur
- Kisar cabai melaka, lengkuas, serai bersama santan pekat
- Daun kadok dan bawang - di hiris halus-halus
- Gaul semua bahan bersama dengan santan dan kerisik dan letak sedikit air asam jawa
- Sedia untuk di hidang


JUMPA LAGI>>BUBYE !!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...