ShareThis

Sabtu, 7 April 2012

KUIH PAU



Sudah lama tak jumpa...
rindu hati padamu
duhai kasihku duhai sayangku...........!!!

Cittt! Nak nyanyi pulak makcik nih! Bagile salam....kitakan orang Islam! Memberi salam
tu kan sunat, menjawabnya pulak wajib!
Heh..heh..hehhh!!

ASSALAMUALAIKUM !!

Salam petang semua. Apa kabo? Ambo? Sihat sokmo!
Mike semua tentu sihat-sihat belaka melebihi ambo kan...kannn....kannnnn????
Takpa...janji kita masih boleh melakukan ibadah, menjalankan tanggungjawab kita sebagai
seorang muslim, sebagai seorang hambaALLAH yang jujur!

Worait! sementara dok menunggu waktu Maghrib, ambo basuh pakaian. Biasalah kalo ambo tu,
basuh kain mesti petang punya. Tersangatttttlah jarang kalo ambo basuh pakaian di waktu pagi!
Di dapur, ambo tengah bakar kek...nanti bila-bila kita kongsi eerrkkk!!
Sambil-sambil tu ambo 'bersembanglah' sekejap dengan mike.....!!!

Wah!! makcik buat 3 kerja dalam satu masa? Issyyyy! Biasalah tu zaman sekarang!
Semuanya mengikut 'jadual' Mesti ' tepat' pelaksanaannya! kehkehkehhhh!! Betul ke ambo
ngeja 'pelaksanaan' tu?? Udah lama tinggalkan bangku sekolah, lupa dah ejaan!
Ingatkan budak sekolah aja ikut jadual, kita pun kena ikut jadual jugak.....barulah 'menjadi' segala tugasan kita!! Betul tak Jahhh????

Saja-saja nak berkongsi......! Dua tiga hari sudah ato jugak minggu lepas, ambo ada buatkan
'KUIH PAU'! Fuhhhh! besar-besar gedabak 'KUIH PAU" ambo tu...!! Kata suami ambo
"uuiiiihhh...pekena sebiji pun udah kenyang Min!" Betul ke? Issyyyy...ambo dua biji baru kenyang!!!! hahahahah!!

Resepi ambo dapat dari kawan...Dia suruh ambo cuba..ambo pun tak taw dia dapat dari mana?
Takpa kita kongsi-kongsi ! Dia kata kalo ambo buat 'menjadi' kongsi le dalam 'blog' ambo nih!
Wokeh! No poblemlah! Pada ambo kalo kita buat 'kuih yang berkenaan' dan 'tak lari' wajah
kuih tu..jawabnye 'menjadi' lah kan Jah ?? Kita kongsi eerrrkkk!!

Bahan asas:

300g tepung gandum
2 camt baking powder
1/4 garam halus
160 -165ml air suam
2 camt mauripan
2 1/2 camb gula halus
1 camb shortening (lemak sayur)
Inti secukupnya (ambo guna kacang merah -readymade hahahhaha)

- Masukkan tepung, baking powder dan garam - kacau bio sekata
- Campurkan air, mauripan dan gula ke dalam bekas lain dan kacau bio gula larut.
- Masukkan campuran gula dan mauripan ke dalam tepung - uli sehingga licin
- Masukkan pula Shortening, uli lagi hingga lembut dan licin - Tutup dengan tuala
lembap. Tunggu sehingga doh naik 2x ganda.
- Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 10 bahagian
Bentukkan bulat-bulat dan rehatkan doh kurang lebih 10 - 15 minit.
- Ambil sebiji doh -ratakan dan letakkan inti - Ulang sehingga doh habis
- Rehatkan selama kurang lebih 5 minit - bila dah nampak kembang - bolehlah mula
mengukus.
- Kukus menggunakan api yang kuat selama kurang lebih 15 - 20 minit tanpa membuka
penutup.

'KUIH PAU' ni sangat sedap kalo di makan panas-panas..di sulam pulak dengan air kopi!
Huh....mengancam habisss!!


JUMPA LAGI>>>>>>BUBYEEEEE!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...