LOMPANG GULA MERAH

  • 8:20 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM!


Malam semua. Apa habaq? Sihat ka? Penang mali ooooo!
Apapun agar kita semua dalam rahmat ALLAH dan sentiasa bahagia!

2 - 3 hari ni ambo asyik dok 'bersin' aja! Resdung ke?? Sakit kepala, lenguh sendi dan mata terasa panasss! Huh....lama tak 'selsema nih...tu lah udah virus ni terjangkit pada ambo!
Hadoi Jah....susahnye nak bernafas.....!! (hehehhehh..orang kampung ambo kata 'ketat idong' kalo selsema ni!) hahahah! Mungkin lucu kedengaran tapi bagi ambo....'indahnya bahasa pattaniku!'kukuiikuuiiii!!!

Dek kerana 'selsema' menyerang, maka ambo ' cuti ' sekejap dari memasak! Malass betul makcik sorang nih! Sabo....sabo...nanti makcik penuhkan N3 nih dengan masakan ambo yang lepas-lepas
ye! Takpa lah ...janji ada benda yang nak di kongsi kan Jah?????

Semalam pun baru ambo buatkan sekali lagi' kek sponge' . Seganlah nak berkongsi selalu, tapi ambo berkongsi dengan sepupu sepapat ambo ajalah! Bekalkan jugak pada anak balik ke asrama! Permintaan 'sangat tinggi' untuk kek sponge ni, jadik selagi anak tak jemu, ambo akan buatkan! hahahah!

Kali ni N3 ambo akan ambo penuhkan dengan kuih tok nenek pulak. Apa? Biasalah Jah udah
tua-tua nih selalu nak makan yang manis-manis gitu. Rasa begitu menyelerakan!!
Itule ambo buatkan 'LOMPANG' untuk kita berkongsi nih!

Resepi ambo sempoi aja Jah.....moh le kita kongsi!

Bahan asas:
2 cawan tepun beras
1 sudu tepung ubi
Gula merah + putih) ikut suka
Air kapur
Kelapa parut

- Gula di masak hingga mendidih
- Tepung di bancuh dengan air sejuk
- Masukkan gula yang di masak tadi panas-panas
- Tepung dan gula tadi di kisar (cepat dan tidak berketul-ketul)
dan jadikan sebanyak 5 cawan sukatan
- Sedia untuk di kukus.


Kalo mike rajin, petang-petang boley le mike buatkan....makan dengan keluarga memang
sedap Jah!

BEGHEHHHHH SOKMO !!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...