ShareThis

Isnin, 16 April 2012

DALCA DAGING


ASSALAMUALAIKUM !!!

Dah lama tak jumpa
hati bertambah gundah
siang malam terkenang
fikiran pun tak tenangggggg

Ops..ooppss......ooooppppsssss! Berenti mak cik...berenti....! Jangan di buat! hahahah!
Hado ambo kesah Jah? Tak kan? Menyanyi sekadar menghibur hati......menyanyi dalam hati
lah...konon-konon!

Berapa hari kita tak jumpa Jah? Rasa bertahun ooooo! Tak pa..tak pa..... malam ni kita sembang
dih! Nak sembang apa Jah? Alah..apa lagi kita kan sehati sejiwooOOO!!! kehkehkehhhh!

PPsssttt! Minggu lepas ada ambo masakkan 'DALCA DAGING' Nak ke mike berkongsi Jah?
Kalo nak...kita kongsi ye! Sembang lama-lama pun tak guna, lepas ni kita sambung balik!
'DALCA DAGING' ni menjadi lauk 'feveret' suami dan anak teruna ambo!
Anak dara ambo 'kurang suka' sebab alasanya ' ada sayur ' !! Kalo dia makan pun, dia akan pilih daging aja!
Macam-macam perangai anak ambo sorang nih!
Apa-apapun deme tak banyak kerenah...kureng suka deme 'sentuh' sikit aja!

Apa-apapun moh le kita kongsi!!

Bahan-bahan asas:

400 g daging
1/2 cawan kacang dal
2 mangkuk santan
kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang
Sedikit gula, garam dan kalo suka serbuk perasa

Bahan sayur:
50 g Kacang panjang,2 biji tomato,2 biji terung, 1 batang lobak merah,
cili hijau/merah,2 biji kentang

Bahan kisar:
1 bungkus serbuk kari daging
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sm halia

- Daging dipotong nipis dan di rebus bersama kacang dal
- Empuk masukkan santan
- Panaskan minyak - tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan di kisar sehingga
wangi
- Masukkan daging - kacau
- Masukkan kentang
- Masukkan garam, gula dan bahan perasa kemudian barulah masukkan bahan sayur
- Sedia untuk di hidang

Senangkan Jah! Sekali sekala pekena masakan 'berempah' sedap jugak!

Mike cubalahHHHH!

YYYYEEEEESSSSSS !!!!




0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...