ShareThis

Jumaat, 13 April 2012

PECAL SPESEL !!




ASSALAMUALAIKUM!!

Jam di skrin dah menunjukkan pukul 10.31 malam. Patutpun ambo rasa mengantuk!
Hah..takpa...takpa...besok boley bangun 'lewat sikit' sebab besok boley relax-relax kat rumah!
Heheheheh!

Malam ni ambo jenguk blog ambo nih, tak tau nak berkongsi apa dengan mike......!!!
Nak kongsi apa Jah? Biasanya ambo banyak berkongsi kuih muih aja...... jarang sekali lauk pauk ye!! Kekadang 'snap' jugak lauk pauk, tapi lebih 'terarah' kepada kuih muih le pulak!!! huhuhu!
Malam nih 'cinta beralih arah' le pulak Jahhh ooiiiii!!! Boley Jah??

Worait! malam ni kita ubah selera pulak Jah! 'PECAL SPESEL' ni ambo dah buat minggu sudah, dok tunggu 'turn' nak masuk N3, ni lah baru berpeluang kita berkongsi!
Pada ambo 'PECAL' ni sangat menyelerakan, kalo ambo 'ratah' gitu aja! Ramai orang suka makan dengan nasi, tapi kalo ambo 'ratah' ini sampai kenyang...nasi 'tolak' ke tepi le!

Kurangnye 'PECAL' ambo kali ni takdak sayur-sayuran berdaun. ..... kangkung takdak, pucuk paku takdak, pucuk ubi pun malas ambo nak gi 'kutip', jantung pisang pun takdak !!!
Yang ada tu lah ambo gantikan...seperti kacang panjang, taugeh, taufu...cukuplah kannnnnn ???

Molut nak makan jugak! Cincai ajalah...janji ada kuah kacangnya yang mengancam jiwa raga.......!
Kalo tak buat 'kacau jiwa' ambo hari ni! Teringat-ingat.....macam le orang mengandung!!!
kehkehkehhh!!

Jangan melalut lama-lama makcik....terhengen dah nak kongsi dan makan bersama mike nih!
Worait Jah kita kongsi dih!

Bahan asas:

Untuk kuah kacang:

- Kacang tanah
- Cabai kering
- Gula merah
- Gula pasir
- Sedikit garam
-Asam jawa - perah ambil sedikit air
- Sedikit serbuk perisa

- Kacang di goreng tanpa minyak - buang kulit ari.
- Tumbuk separuh halus dan separuh lagi kasar sedikit
- Cili kering di goreng dengan minyak - garing angkat dan di kisar lumat.
- Campur dengan semua bahan di atas.
- Letak sedikit air dan masak sekejap di atas api

Bahan sayur:

- Kangkung, pucuk paku, pucuk ubi, jantung pisang, kacang panjang dan taufu.
- Semua bahan sayur di celur kecuali jantung pisang mestilah direbus sehingga empuk
(empuk dalam loghat kampung ambo ialah 'hapuk' heheheh )
- Taufu di goreng
- Bolehlah di gaul dengan kuah kacang - sebatikan.

Ummmmppphhhhhh! sungguh sedap..sungguh lazat!
Kalo ambo setiap minggu nak makan! heheheh!

Mike cuba trei test!!!!

BUBYE>>>BUBYEEEEE.....!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...