ShareThis

Khamis, 26 April 2012

MASALODEH







ASSALAMUALAIKUM !

Apa kabo? Sihat? tentulah kan? Pada orang 'gomen' bulan ni senyum manjangggg aja. Nampak gayanya..
'serupamarket' berdoyon-doyon lah tetamu!! 'Tergeliat ' jari tuh, mencangkuk beg plastik! Butik-butik pun samalah menerima kunjungan tetamu  'poket penuh'! Aluhai Jah....meriahnyeeee!!!

Kita yang 'biasa-biasa' nih nompang 'gumbira' ajalah! Takpa..takpa....! rezeki kan? heheheh!!!
Layannnn! Petang nih di kampung ambo hujan turun 'agak' lebat! Nampaknya ambo yang mengalami
'ketat idong' tak boley nak pulih lagi le! Asyik-asyik bersin aja! Makan nasi pekena pulak dengan sambal belacan, tentu 'ketat idong' tak boley nak sembuh kan????

Jah.....moh le kita berkongsi resepi ambo minggu lepas! Tak kesah le masak bila pun, janji 'berkongsi'
Nak bersembang hari-hari pun, sentiasa 'tak dan' (tak dan kalo mengikut loghat kampung ambo berarti
'tak sempat' heheheh!!)

Minggu lepas, ada ambo masakkan kuih kegemaran ambo. Ye? Oooooo nak taw ke? Apalagi kalo
bukan 'MASALODEH' Fuh.....Sedap betul Jah oooiiii...tak caya cobalah mike buat sendiri......
mesti 'uuummmppppphhhhh' Ye lah kalo kita masak sendiri, kita akan menepati 'citarasa' kita kan Jah?

Itulah, kacang dal ambo nih udah berkurun dalam esbok... 'terbeli ' lebih sikit....asyik dok buat 'Dalca'
aja, teringat nak makan 'MASALODEH' pulak. wokey Jah jangan 'berlama-lama' sangat sembang..
moh le kita berkongsi 'MASALODEH ' ambo nih!

Bahan asas:

250g kacang dal (di rendam semalaman)
4 tangkai cili kering
2 tangkai daun kari
1 labu bawang besar
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh garam halus (ikut keperluan)

- Kacang dal di kisar ( 3/4 halus  1/4 kasar)
- Cili kering, daun kari dan bawang besar di racik halus
- Gaul semua bahan di atas dan bahagikan kepada beberapa bahagian
- Leperkan setiap satu dan sedia untuk di goreng.

Cobalah masak kuih 'MASALODEH' ni....... Sedapppp!!
-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...