ShareThis

Jumaat, 30 Mac 2012

BUAH MELAKA PANCAWARNA !!




ASSALAMUALAIKUM !!

Salam malam Sabtu yang ceria! Yeaahhhh!! Pada sesape yang bercoti besok, tentunya rasa
hepi dan enjoy ya! Tentu ibu-ibu dah 'plan' nak selesaikan kerja yang tak pernah selesai di 'rumah' kan ???
Ya...cuti hujung minggu bukan berarti 'cuti' bagi surirumah ya!
Hado hado aja kerja yang nak di buat, kalo kerja udah selesai pun, mau juga mencari-cari kerja!
Aluhaiiiii! rajin betul !! Ambo 'tabik spring' pada mike - rakan-rakan 'sejantina' ku !! wakakakaaka!!

Udah 2-3 hari dah, kampung ambo tak hujan! Nampaknya debu-debu semakin 'membuas'
apalagi di depan rumah....projek jalan 'Anak Kurau - Kamunting' sedang rancak berjalan!

Kerana kemaro 2-3 hari ni, hari siang menjadi terang benderang. Tekak selalu rasa dahaga!
Orang tua seperti ambo nih, kalo dahaga bukan sekadar air yang nak di cari sebagai 'penghilang dahaga' tapi kuih yang manis-manis menjadi begitu menyelerakan! Heheheh....Jaga-jaga makcik!!

Oooppppss! Ambo tak makan banyak Jah ooiiii..setakat melepas 'gian' aja! Riso juga teman,
takut sakit! Apa-apapun berpadalah Jah...jangan 'terlebih-lebih' tapi ambo suka, nak
wat macamana???

Tadi......balik dari kerja, anak tekak ni terhengen nak makan 'BUAH MELAKA' !! Macam orang mengidam!! hahahah! Ahhhhh! Tak boleh jadik nih...syolat Asar dolu....satgi leka-leka di dapur..jahanam Asar ambo nanti !! Tak gitu Jah?? Yang wajib...dulukan !!!

Biasalah ambo, lepas syolat terus gi ke dapur, godek-godek stor barang, wah! ada lagi tepung pulut! Gerenti jadik nih! Entah malam bila, ambo 'blogwalking' sana sini' singgahlah ke dapur 'Ha Sue' tertarik pulak dengan idea dia meng'kaler'kan buah melaka! Terhengen jugak nak buat, nampak meriah Jahhh!!

Wokeh Jah...jangan melalut banyak-banyak, kita kongsi resepi sempoi ambo ni!

Bahan asas:

Tepung pulut
Sedikit tepung gandum
Gula melaka yang di racik (untuk inti)
Kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam halus
Pewarna yang di sukai

- Campurkan tepung pulut dan tepung gandum.
- Letakkan air sedikit demi sedikit agar tepung elok adunannya (tak melekit)
- Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian untuk di'kaler'kan
- Ambil secubit tepung dan letakkan gula melaka ke dalamnya
- Bulatkan dan rebus dalam air mendidih sehingga adunan tepung naik ke atas
menandakan ianya telah masak.
- Angkat dan golekkan ke dalam kelapa parut.
- Sedia untuk di hidangkan.

Ceria tak 'BUAH MELAKA' ambo nih ? Berwarni warna seperi hidup ambo yang ceria dan
penuh warni warna !!! heheheheheh!!!!
Jom kita kongsi...Sedappppp...cayalah !!!!!!!

HAHAHAHAHAH!!!





0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...