KUIH SIPUT

  • 8:47 PG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



Haiiii... ASSALAMUALAIKUM !!


Apa kabo mike semua ? Di pagi Sabtu yang redup nih, ambo mengharapkan kebahagiaan
terus berpihak pada mike..worait!

Ambo nengok kalendar semalam, bila kita nak raya?.....rupa-rupanya pertengahan Ogos ya!!
Hah tak lamalah tu....bukan apa zaman sekarang, siang dan malam cepat aja....tu..tup...udah hujung tahun! Tak ke cepat Jah ?? ato juga kita nih 'terlalu banyak kerja??' hingga tak sedar putaran masa???

Kerana raya dah nak dekat, taw-taw anak tekak nih dok rasa nak makan 'KUIH SIPUT'
Nak mengunyyyaaahhh aja mak cik ni, takdak kerja lain! Ho..hoooo sedap juga kalo sambil menonton drama mulut mengunyah....senaman tu Jah.....senamna untuk mulut....bio lambat berkedut !! kehkehkehhhh !!

Ini 'kejadian' minggu sudah....takdak kerja apa....ambo capai tepung, gi belakang rumah
ambik daun kari..terus ambo pun mulakan projek ambo!hihihihhh! Besssttttt!!!

Moh le kita berkongsi.....sekali sekala makan..sedap Jah! Apalagi kalo sendili bikin maaa!
Memenuhi citarasa kita, puas hati!

Bahan asas:

1 kg tepung gandum
2 bungkus rempah kari daging
8 tangkai daun kari
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
1 camca besar biji lemuju
3 camca besar majerin
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
1 biji telur
1 cawan santan

- Kisar bahan repah
- Gaul bahan rempah yang dikisar bersama rempah, garam dan gula ke dalam tepung
- Masukkan telur yang dipukul (pukul manja gitu)
- Masukkan majerin dan akhir sekali uli dengan air (ikut lembut)
- Uli sehingga doh tidak melekit
- Sedia untuk 'menggentel siput'

Wokeh Jah...kalo nak awet muda.....selalu le 'ngunyah 'KO SIPUT'! Ngeh..ngeh..ngehhhh!!
'KO' adalah loghat orang kampung ambo yang kalo ikut Kamus Dewan bermaksud 'kuih'
Hehehehhhh!

BUBYE..ambo nak gi ke dapur...nak masak 'serunding ikan bilis'...Sedap ooooo!!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...