KUIH LAPIS (musim hujan)

  • 6:36 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM!


Apa kabo mike? Demam ke??Bukan apa ambo bertanya..sekadar mengingati teman-teman!
Apalagi sekarang nih musim hujan.
Mike taw..di kampung ambo nih hujan setiap hari...kadang tu dari tengahari sampai le ke pagi besok! Huhhh..kalo ikutkan 'tak kuat iman' maw aja tido sambung menyambung!! kehkehkehh!!

Hujan jugak membuatkna perut sentiasa 'lapar'!! Asyik nak mengunyah aja!Musim hujan nih membuatkan badan ambo yang 'berat' menjadi 'bertambah berat' !! Masyaallah !!!!!
Iisssyyyy! menyalahkan hujan pulak..kan ke itu rahmat dari ALLAH?
Tak adalah..saja gurau-gurau (orang kampung ambo kata 'melawak')

Kita toksah ambil kisah cakap-cakap diatas ya! Biole kita berkongsi masakan le pulak!
Nak ke mike? Heheheh..kerana hujan ambo tak boley gi ambik daun pandan...banjirlah
di rumah ambo nih! Nak makan..nak makan jugak...wokeh..belasah aja menggunakan pewarna
(orang kampung ambo kata ' penyelok') worait tak perkataan tu??

Kita berkongsi makanan tradisional pulak. Anak dara ambo komen.."Biasa tengok 'KUIH LAPIS'
nih kaler merah dengan puteh..ngape mak buat kaler hijo dengan kuning?" hahahah!
Isyyy..ni luarbiasa la pulak anak ooii....kan ke jersi bolasepak Kedah kaler niii? kekeehkeekhhhh ambo gelak mengekek bila anak ambo komen!!

Taapa Jah..apa kaler pun, kalo cukup santannya, cukup manisnya dan cukup lembutnya..udah woraitlah tu! Tapi ...ada tapinye Jah..ambo kalo resepi tok nenek ni ambo main bedal aja......... ....takdak sukatan!

Moh le kita berkongsi resepinya yang sangat sempoi..hujan-hujan nih...ada apapun
'lenyap...! Semedang (selalu) lapo (lapar)!

Bahan asas:

Tepung gandum
Santan pekat
Gula ikut manis yang disukai
Secubit garam (untuk menambahkan rasa lemak)
Pewarna hijo dan kuning

Itu aja Jah, Kalo ambo buat selalunya ambo akan blend kelapa untuk ambil santannya.
Letak tepung (agak-agakle) letak gula dan garam...semua tu blend dengan santan.
Setelah adunan sebati, gunakan senduk untuk menyukat kepekatannya..kalo adunan tu
sedikit lekat pada senduk, itu menandakan adunan tu sudah 'cukup molek' (ni petua aruah mak ambo) Setelah selesai, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk di 'kalerkan'
Siap untuk dikukus.

BYEEEE! Jumpa lagi !

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...