ShareThis

Sabtu, 10 Disember 2011

TALAM PANDAN





ASSALAMUALAIKUM.

Apa kabo mike semua? Sihat????
Tentulah hujung-hujung minggu begini, mike memenuhi jemputan kenduri kawin kan..kannnn?
Ramainya orang nak kawin..'SELAMAT PENGANTIN BARU' ambo ucapkan.

Hari ni ambo memenuhi jemputan 2 buah kenduri kawin....semuanya dikampung ambo,
Kampung Anak Kurau. Nak lajak pegi ke Kampung Simpang Empat, udah tak daya.....
2 pun udah sakit kepala! Menu masakan hampir sama.......ayam dan daging kecuali rumah kedua
ada 'KERABU PUCUK PAKU' Wow.....feberet ambo...itu aja ambo ngambil dan sepotong buah!
Cukup, cuaca yang agak panas hari ni, mana nak lajak makan!

Dan.....untuk memenuhkan N3 ambo hari ni, malam semalam..ambo buat kuih 'TALAM PANDAN' Dah lama tak buat, buatle ambo untuk sarapan pagi tadi.

Sedap juga wei! Itula sekali sekala makan 'berkukus' ni sedap pulak rasenye! heh...heh....hehh....!! 'Talam Pandan' ni ambo takdak resepi yang khusus, tak pernah pun ambo guna sukatan, main bedal aja...Jangannnnnlah mike tanya, sebab memang tak ada sukatan.

Tapi, bahan asas untuk lapisan bawah (mak ambo kata 'badan') ambo letak tepung gandum, santan, air daun pandan, telur, gula putih dan sedikit air kapur. Lapisan atas pulak (mak ambo kata 'kepala') ambo letak tepung gandum dengan santan serta secubit garam.

Nah......meh le makan 'TALAM PANDAN' ambo, somi ambo suka, anak-anak ambo pun suka!
Penat pun hilang bila nengok deme makan! Sedap Jah....hingga tak terkata!

Llllaaaayyyaaaaannnn!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...