GALERI SULTAN AZLAN SHAH, KUALA KANGSAR
- 7:41 PTG
- By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
- 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM!
Salam sejahtera kepada semua teman-teman.
Apa kabo mike hari nih? Tentu sihat kan......?
Hari ni ambo nak penuhkan N3 ambo dengan gambar2 di Galeri Sultan Azlan Shah,
Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
Lama dulu ambo dah datang kesini....maksud ambo Galeri Sultan Azlan Shah.....tapi hari ni ambo kemari lagi, sebab somi dan anak teruna ambo tak pernah sampai...bukan tak penah sampai ke Kuala Kangsar tapi ke Galeri ni.
Memang cantik dan menarik. Cuma sayang, tak dapat nak snap kerana pengawal tak bagi peluang. Memang dilarang sama sekali. Kiranya apa yang kita lihat di dalam galeri ini, hanya terpahat di dalam minda kita, tanpa dapat kita berkongsi dengan orang lain yang tidak berkesempatan datang ke sini!
Galeri ni di tutup pada pelawat sekitar jam 5.00 petang. Hari Ahad pun deme buka. Tiket boleh di beli di kaunter luar dengan harga RM 4.00 untuk dewasa, yang bersekolah dan warga emas RM 2.00 dan bawah 12 tahun RM 1.00.
Memang kagum melihat koleksi di dalam galeri ini. Kalau mike ada kesempatan datanglah melawat, Ada 2 buah bangunan dan 1 buah sedang dibangunkan untuk pembesaran.
Kawasan luarannya juga begitu tenang dan indah.
Sebagai anak Perak, ambo kagum dan sangat bangga dengan semua koleksi ini!
Datanglah....kami mengalu-alukan kehadiran mike semua!!!
1 comments
Hari tu ronda2 kat KK..singgah jugak la kt Galeri `Pak Mertua` ni..chewahhh
BalasPadam