'.......MEMUDAHKAN CARA!!'

  • 8:29 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM!


Selamat malam semua...harap mike sihat, kalo sihat boley le jenguk ambo kan?

Apa topik yang ambo nak sembang dengan mike ye?
Hadooiii Jah..... apa yerrr?

Ooooooo baru teringat! Iyalah Jah..ambo kan dah 'senja'!!! Orang kalo dah senja tentu
banyak perkara yang di fikir dan banyak pulak yang 'ter'lupa! Kih...kih...kih.......!!!

Ambo nak sembang dengan mike tentang 'memudahkan cara' Mike tau Jah, kalo kita
bekerja, maksud ambo le wanita yang berkerjaya, semua kerja rumah tentulah sentiasa di 'set'
dengan waktu (jam)!

Contohnya ambo, kalo bangun lewat sikit udah kelam kabut! Alluhhhaiii! nyesal tak sudah!
Mulalah membebel.....'kalaulah bangun tadi, sekarang udah tumis rempah!...'. ataupun begini....
'kalolah tak 'ter'lewat tadi, udah kemas rumah' dan bla...bla...bla....
Tu le yang selalu ambo berungut. Salah sape ekkk???

Kerana semua itu le ambo pun 'memudahkan cara' ambo...maklumlah pagi yang suntuk!
Kalo nak masak sambal misalnye..ambo memang udah buat sambal banyak2 (lengkap dengan bawang sekali) dan simpan dalam esbok....maksud ambo, ambo bukan sekadar blender aja..tapi ambo terus masak sambal yang lengkap...nak guna tak payah tumis2, ambik terus campak dalam kuali kerana sambal dah masak. Tak payah nunggu lama Jah....!!

Kalo kita blend cili untuk simpan dlm esbok tanpa memasaknya, cili cepat berkulat dan masam.
jadi buatle stlye ambo dih? Tahan Jah hingga 3 minggu.

Begitu jugak kalo nak masak kari, ambo akan tumis semua bahan dan rempah malamnye, besok bangun letak santan (atau ambo lebih suka guna susu cair) Senangkan? Tak lama sangat menunggu!

Worait le Jah....ambo nak ke dapur sat..nak nengok udah sejuk ke kuih ambo ni...
Ppppsssttt...ambo buat 'kuih seri muka' ! Baru masak Jah.....
Tak tau le Jah oooiiii...harap-harap kuih 'seri muka' ambo tak jadi 'kuih seri bulan'
kih..kih...kihhhhh!

Layyyaaaaannnnnnzzzz!!!


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...