KARIPAP PUSING yeah..yeah...yeah....!!!!
- 8:43 PTG
- By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
- 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM !
Sudah lama tak jumpa
Rindu hati pada mu
Duhai kasihku
Duhai sayangkuuuuu...!
Hadooiii! siot giler lagu D'LLoyd tu....tapi tu zaman remaja2 dolu lah....tapi jika mendengarnya
sikalang, masih terasa sanghat merdu dan mendayu-dayu suara SAM. Sengau2 gitu Jah !!
Aahhhh! kita tinggalkan SAM dengan lagunya tu, tapi dengar le Jah ambo nak kabokan pada
mike, apa yang akan ambo penuhkan N3 ambo malam nih!
Ssssyyyyyy!! Udah senja dah ambo nih, tapi tak pernah le ambo buat karipap pusing, rasa'renyah' Jah (renyah kalau ikut KAMUS DEWAN berarti sesuatu kerja yang cerewet, betul ke jah ambo translate nih?) heh..hehhh...hehhh....!
Kemarin entah apa mimpi, ambo pun 'terasa' nak cuba buat 'KARIPAP PUSING' yang pada ambo sangat nyantek jika udah di goreng dan tekstur dohnya yang rangup giler! Giler lagi!
Ambo kidnap dari resepi 'wanitaniaga' step by step tu. First time buat, memang rasa sungguh
'renyah'...yelah kalau karipap biasa, senang beb...!
Ini berapa kali pusing, berapa kali pulak ambo lenyek doh tu! Tak apa....sabo dik non!
Hah...siap le juga, tapi ambo buat 1/2 adunan aje! itupun dapat sampai 45 biji!
Boleh le ambo 'ekk' pada kakak ambo yang 'rajin' buat karipap pusing tu! Heh..hehhh..hehhhh!!!
Moh kita nengok resepi doh aja ye! Intinye seperti yang biasa kita buat!
*Doh berminyak
- 150 gm (majerin + shortening)
- 300 gm tepung
*Doh biasa
- 700 gm tepung
1 camt. garam
air (anggaran 2 cawan, klu doh lembik tambak tepung sedikit)
(Ambo buat 1/2 aje dari adunan di atas)
- Majerin dan tepung di uli hingga licin - tak melekat jadikan 8 bahagian
- Uli pulak (doh biasa) sehingga licin. - jadikan 8 bahagian
- Ambil doh biasa, canaikan sedikit dan letakkan doh berminyak di atasnya dan
balut semula.
- Setelah itu, canaikan hingga nipis seperti saiz roti canai.
- Gulungkan dan canaikan lagi sekali sehingga nipis - proses menggulung sebanyak 2X
- Potonglah ikut saiz yang kita mahu (kalau ambo boleh potong hingga 12 bahagian.
- Setelah doh dipotong, canaikan semula (seperti cara nak buat karipap biasa) dan
letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
- Dah siap untuk menggoreng.
Kalau mike nak lebih terperinci, boleh le layari 'wanitaniaga' worait !!!
Jumpa lagi!
0 comments