ShareThis

Rabu, 7 Disember 2011

BLOG ROJAK YANG BETUL-BETUL 'ROJAK'




ASSALAMUALAIKUM.

Malam ni ambo dok relax2 aja...Cit Cit ambo dah makan nasi....tentu dah kenyang maklum aja
hari-hari penuhkan temboloknya dengan kabohidrat.....! Udah bulat...risau pulak ambo takut Cit Cit tak boleh terbang!!! Melampau-lampau betul lah ambo ni kasi makan dekat Citi Cit.

Hah...ah! Malam ni kita bersembang pasal rojak pulak le! Ye lah nak menguatkan pengakuan
ambo yang blog ambo ni memang betul-betul 'BLOG ROJAK!!!'
Ambo tak ingatle Dik Noon ooiii, bila ambo buat kuah rojak, pusing pekan Batu Kurau nakkan
'otak udang' tak ada. Ada yang cakap udah habis, nanti order, ada juga yang cakap 'Wa tatak jual llhhoorr!'

Pegi Kamunting, masuk kedai runcit, mintak terus dapat! Huih...! mike taw, kalau tak ade benda alah ni mana sedap kuah rojak...takdak 'UUUUMMMMMPPPPPHHH! Betul tak Jah?
Otak udanglah yang menaikkan aroma kuah rojak.

Tak banyak bahan yang digunakan, cuma...cili sos, kicap, sedikit tepung jagung untuk memekatkan, cili kisar ikut suka samada nak pedas ke tak ( orang kampung ambo kata
pedas tu 'pedih'!) sedikit otak udang (penambah perisa) dan sedikit gula. Masak sampai
pekat. Simpan dalam fridge untuk tahan lama. Dah nak makan baru le mike letak kacang
kisar dan bijan. Cukup sempoi membuatnya!

Bila rase nak colek (kata orang Kuala Kangso) atau jugak nak 'MELACUT' kata orang kampung ambo, lajak aje! Ambo kalau nak melacut, cukup kalau ada nanas, ubi sengkuang dan timun......
tu dah cukup ummmmppph dah!

Worait, kalau mike rajin, boleh lah teruskan projek masak kuah rojak mike!
Kalau tak pun, moh kita layan ambo punya rojak.......emmmmm sedapnyeerrrr!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...