KARIPAP ANAK GAJAH!!!

  • 5:23 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments




ASSALAMUALAIKUM.

Akhir-akhir ni ambo dok asyik melayan kuih muih yang manis-manis aja......! Dah tahap umur
macam ambo ni rasa 'gerun' juga takut-takut.......ngeh...ngeh...ngeh......!
Ambo selalu berdoa dan sangat mengharapkan agar ALLAH swt tidak mendaftarkan nama
ambo dalam 'persatuan 3 serangkai' penyakit yang berbahaya tu!!!!
Alhamdulillah, setakat ni tak ada apa-apa lagi dan tak moh apa-apa. Insyaallah!

Balik keja petang semalam, tak taw apa nak buat. Dalam kepala dok terbayang kuih 'SERI MUKA' Buka esbok, nyior tak ada. Ambo tak pernah guna santan kotak kalau masak kuih2 ni!
(Cakap beso le pulak minah nih!) Ye lah ambo mengaku, kehidupan di kampung begitu mewah dengan kelapa.....apakan tidak di keliling rumah ada aja pokok nyior yang sokmo dok berbuah!!!!

Kodek-kodek kabinet,....wow...ada lagi sikit ubi kentang....habiskanlah....simpan lama-lama nanti busuk pulak! Hah! Tergambar karipap yang rangup! Wah! Tentu sedap kalau buat karipap!

Ambo buat 'KARIPAP BODO' aja! Takdak pusing2 beb! Lepas maghrib, masak inti...Intinya
ambo cuma letak rempah daging, ubi kentang, sedikit isi ayam dan bawang besar serta sedikit gula untuk menyedapkan rasa.. Bukan tumis ye dik non, masak letak air je! Siap inti karipap

Lepas ni ambo nak siapkan untuk kulit karipap pulak. Kulit karipap ni ambo guna minyak panas dan sedikit garam serta air sejuk. Itu aja! Senang membuatnya. Tepung sikit aja ambo dapat 25 biji karipap yang besar macam 'anak gajah'!!! keh...kehhh...keeehhhhh!!!

Untuk sarapan besok (orang kampung ambo kata 'berseghok') ambo goreng suku masak!
Kalau kita bio aja, takut nanti karipa ambo melekat pulak!
Moh le kita berseghok sama-sama....krupp..krrruppp...krrruuuppp rangupnyer........!

Moh layyaaannnn 'KARIPAP ANAK GAJAH' ambo! gajah-gajah pun sedap jugak !!!!
Gluuuppppp....tengok haa....mike telan ayak lioq!

Layyyaaaannnnn!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...