ShareThis

Khamis, 2 Februari 2012

ULANG TAHUN PERKAHWINAN


ASSALAMUALAIKUM !!!!

Apa kabo?
Pagi-pagi buta ambo dok mengadap skrin nih! Perasaan berkecamuk...gumbira, sebak dan
sangat bersyukur kepada ALLAH yang sentiasa melimpahi kasih sayang, perhatian dan
menguasai ambo, hambaNYA yang hina ini!

Maksud ambo DIA menguasai tentang tindak tanduk ambo, menguasai kasih sayang ambo
dan segala yang 'terbaik' untuk ambo.

YYEEESSSS !!! hari ni genap 23 tahun ambo bernikah. Wahhhh! dah 23 tahun dah? Rasa baru
aja ambo menjadi isterinya. Ambo terus bahagia hidup dengan dia, walopun hidup kami 'yang sedang-sedang saja' tapi,ALHAMDULILLAH sentiasa bahagia dan damai!

Anak-anak menjadi seumber kekuatan....keletah anak-anak terus menjadi hiburan ambo
suami isteri. Adik beradik memberi sokongan yang padu. Alah!...... Orang kampung macam ambo nih, mana ada sambut annivesari pun, sekadar makan-makan dengan anak-anak,
tu pun dah sangat bersyukur.

Worait....terima kasih pada semua yang mendoakan dan mengharapkan bahtera rumah tangga kami tetap teguh dan apa-apapun ALHAMDULILLAH kepada ALLAH YANG MAHA PENGASIH.

Jumpa Lagi!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...