DAGING MASAK KICAP LADA HITAM

  • 9:44 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments


ASSALAMUALAIKUM !


Jam udah pukul 9.45 malam. Mata pun dah kuyu.....mengantuk betul! Tak cukup zat apa le
ambo ni samapi begini jadinya! hahaha ! Tu gelak SMS tu !!

Takpa kuyu-kuyu pun, nak juga ambo bersembang dengan mike. Idea untuk bersembang
pun udah kureng....Ni le padahnye....duduk di kampung kalo udah begini jamnye, sunyi bebeno!
Syakali syakala aja motor atawa kereta yang dok lalu depan rumah!

Malam nih ambo nak berkongsi masakan ambo...bila ambo masak ...mungkin 2-3 hari lepas.
Ambo masak 'DAGING MASAK KICAP LADA HITAM' Fuhhhh! Panjangnye nama resepi ambo!
Bagaimana panjang nama resepi, begitulah panjang juga selera anak-anak ambo!
Deme suka Jah ooiii..tak kesahle daging ke ayam ke..janji masak kicap!

Moh le kita berkongsi......!!

Bahan asas:

Daging
Kicap masin
Lada hitam
cili kering
Jintan manis
Sedikit kulit kayu manis
Bawang besar dan cili masak
Daun sup

- Semua bahan rempah iaitu lada, cili kering, jintan manis di kisar
- Perap bersama kicap dan daging yang telah di tos.
- Panaskan minyak - letakkan bahan perap bersekali.
- Letak sedikit air asam jawa
- Potong cili basah dan bawang besar dan bila masak taburkan daun sup yang dipotong.
-Rasa garamnya dan kalo suka letaklah serbuk perisa.
- Sedia untuk di hidang.

Sempoikan masakan ambo..jimat masa dan anak-anak ambo suka masak kicap cara ini!
Huhhh...berpeluh-peluh deme makan!
Mike macamana? Tak terlio ke?

JOM LAYAANNNN!


You Might Also Like

1 comments

  1. chumah boleh idok bgi resepi gulai daging orang anak kurau tu yg selalu meke masak kt kenduri kawin tu yang camput tulang mulang bagai

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...