CREAM CRAMEL

  • 8:42 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 3 Comments





ASSALAMUALAIKUM!!!!

Selamat malam Jah! Sihat ke? heheheheh Tentu sihat kan kerana kesihatan itu sangat penting bagi kita.
Siapa nak jaga diri kita kan kalo bukan kita sendiri???
Apa-apapun ambo harap kita semua di dalam perlindunganNYA!

Kemarin dolu atau jugak minggu lepas, sehari dua bumi di Anak Kurau nih tak di timpa dek hujan.
Kalo sebelumnya hujan ghok ghek....ghok ghek...bila takdak hujan...mak ooiii berbahang juga rasanya!
Apalagi anak tekak ni dok rasa keringgg aja!

Apa nak makan nih kalo panas-panas macam nih? Kalolah anak tekak ni di luncur dengan puding-puding
yang sejuk dan lembut, alangkah nikmatnya hidup! wakakawakaka!!!

Teringat nak makan puding karamel yang manis-manis sejuk tu! Tentu sedap nih...kalo tak makan tentu jiwa jadi kacau!!!! hehehehehh!!!!!
Tu lah ceritanya minggu lepas, kalo mike teringin nak makan, moh le kita berkongsi resepi yang sempoi nih!

Bahan asas:

1 tin susu cair
5 biji telur
1 cawan gula pasir - di hanguskan
1/2  cawan air
3/4  cawan gula
1 camca teh esen vanila

- 1 cawan gula di hanguskan kemudian campurkan air dan di kacau
   sehingga hancur di atas api - ketepikan
- Susu dan gula di kacau di atas api supaya gula dapat hancur - ketepikan
- Telur di pukul hingga kembang dan masukkan esen vanila
- Masukkan susu ke dalam telur dan di kacau sehingga sebati
- Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi
- Kukus kurang lebih 20 - 30 minit
- Setelah masak - sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam esbok


Cream Cramel ni lebih enak di makan semasa sejuk...hilang dahaga ooooooo!!!!
Buatan ambo ni...rupa kureng...tapi rasa 'tak lari' tetap mengancam!
Tak terliur ke Jah????? Hehehehhhhhh!!!


BUBYEEEEE!!!!

You Might Also Like

3 comments

  1. sedaplah...ORANG KAMPUNG pun pandailah buat puding ni...

    BalasPadam
  2. di ujung jari kan..tu lah dunia tanpa sempadan cikgu Lin ooo!

    BalasPadam
  3. chumah,sedapla kuih yg chumah bawa kat sekolah haritu yg kepala dia warna pink pastu ada bubur cha-cha tu..cream caramel ni pun nampak sedap

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...