LEPAT LABU

  • 8:34 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments





ASSALAMUALAIKUM.

Pekabo Yong? Tentu mike semua dalam sihat-sihat bersam keluarga yang dikasihi!
Ambo? Hehehehhh ... Alhamdulillah.!!!

Malam ni tiba-tiba ambo teringat pada penyanyi 60an dari negara jiran.....S.Roha. Penyanyi ni di zaman
60an dulu terkenal dengan kelincahannya dan berwajah sangat manis dan dia banyak mendendangkan lagu-lagu berirama hindustan. Ambo pun ingat-ingat lupa lagu-lagunya.....sebab masa tu ambo kecik lagi.

Salah satu lagu yang ambo ingat kurang lebih begini liriknya:
Luncai terjun dengan labu-labunya...
biarkan..biarkan oooo biarkanlah....!!!
Itu aja yang ambo ingat...kira okey le kan sebab dah 40 tahun lebih dah zaman berlalu!

Bukan apa sebenarnya Jah.....ialah ambo ni terkadang suka mengaitkan lagu-lagu dengan masakan ambo!
Selingan le katakan! Iyalah kalo tayangan drama pun ada selingan  'iklan', begitu jugaklah dengan ambo ni! heheheheh! Itule...rasanya minggu lepas, ada ambo buat satu jenis lagi masakan 'tok nenek'....
Iiisssyyy...apsal makcik nih asyik dengan makanan tok nenek aja?
Aahhhh...terkadang ada jugak orang muda  'suka' makanan  'orang lama', kalo orang lama tentu kompom le!

'LEPAT LABU' itule resepi masakan ambo yang ambo nak kongsi ni! Mau ke mike berkongsi dengan ambo?UUiisshh....kalo yang gemo (suka) mesti takkan lepaskan peluang ni...memang sedap Jah...ermmmmmm...lemak manis dan teksturnya sangat 'halus' ( ' halus' kalo mengikut loghat kampung ambo adalah ' la'it '! kihkihkihhhh) membuatkan jiwa ambo tenteram semasa mengunyahnya!
Betul Jah..... tatak tipu punnnyeee!!

Hisshhhh...banyaklah makcik 'mengayat' mohle kita berkongsi resepi ni!

Bahan asas:

2 cawan labu yang di lecek
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
kelapa parut ( ikut keperluan )
Sedikit garam
Daun pisang ( ikut keperluan )

- Labu dikupas dan di bersihkan kemudian di kukus sehingga empuk
- Setelah labu empuk, toskan dan lenyekkan ia bersama gula
- Masukkan tepung dan kacau sebati
-Panaskan pengukus
-Ambil sesudu adunan labu tadi dan di letak di atas daun pisang
- Letakkan sedikit kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam sebagai inti
- Setelah selesai semua, kukuslah adunan sehingga masak - kurang lebih 15 minit

'LEPAT LABU' ni sangat enak di makan petang-petang sambil bersantai dengan keluarga,
tapi kalo ambo sorang-sorang pun sedap Jah!
Mike boleh cuba kalo mike suka!

PPssstttt.....malam ni ambo gerenti mengadap TV1 sebab ada drama 'Trilogi Cinta' yang ambo
minat tu! Malam semalam tunggu punya tunggu...frusssttt sebab deme dok layan bola!
Huhuhuhuhu.....!!

BUBYE...BUBYEEEE!!!!!!




You Might Also Like

1 comments

  1. Memang makanan kegemaran saya ni. Emak saya akan buatkan kalau pulang ke kampong....

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...