APAM MENTEGA (sekali lagi.......)

  • 9:37 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments






ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam Jah!

Udah 3 -4 hari kita tak ada kesempatan nak bersembang-sembangkan Jah! Hari Sabtu  lepas, siang ambo sampai le ke malam tak ada luang masa nak 'relax-relax' ! Mana nak buat kerja-kerja rumah lagi, mana
'cuak' lagi...iyalah kalo rumah dok banjir, tentu hati di dalam rasa riso, takut-takut air banjir melimpah masuk
ke dalam rumah!

Apapun, Alhamdulillah kerana 'dalam rumah' ambo bebas dari banjir, kecuali kawasan keliling rumah......
banjir Jah. Motokar, motosikal...semuanya kena 'parking' atas bahu jalan! Wuaaaa.....sedih Jah...memang sedih...tapi di negeri2 lain lagilah 'teruk' mengalami banjir kan Jah?

Malam ni nampaknya, ambo nak 'kurangkan' bercakap' ambo ye! Cukup ambo nak kongsi kuih yang menjadi kesukaan 'ramai saudara mara' ambo. Kuih yang sempoi, yang tak banyak kerenah membuatnya.
Kuih ni ambo buat 2 minggu sudah untuk sepupu yang mengadakan kenduri kesyukuran.

Malam ni pun ambo sekali lagi membikinnya.  Ini kerana udah ambo 'berniat' untuk berkongsi kegembiraan
ambo dengan cikgu-cikgu SMK Dato' kamaruddin Batu Kurau yang bertungkus lumus mengajar anak ambo. Alhamdulillah, baru tadi, Si Tecik Hajar selesai menghadapi subjek akhir Bahasa Arab PMRnya..
Kita hanya berusaha dan berdoa kerana ALLAH  s.w.t penentu segala-galanya!

Kali ni kuih  ' APAM MENTEGA' ni ambo tak letak butter, tapi ambo hanya menggunakan majerin sahaja. Kalo mike nak resepi, selak aja resepi ambo yang terdahulu! maafle Jah ye! Pengukus dah panas Jah, tunggu ambo mengukus aja lagi.....!  Itu aja untuk malam ni, jumpa lagi lain kali!


BUBYEEEE Jah!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...