TALAM CACA

  • 8:55 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments



ASSALAMUALAIKUM!

Mari kawan semua
kita bergembira
jangan bermenung diri
dan bersusah hati
gembira marilah kita gembira
menyanyi menari berirama
Ooooo cacacaaaaa!!

Huh! Jangan gelak Jah, ambo tak ngajak menari ke..nyanyi ke....cuma saja teringat zaman ' remaja' ambo lagu ni sangat fofuler Jah...tu lah dia Bob Tutopoli, penyanyi dari Indonesia yang terkadang ambo suka juga mendengar alunan suaranya!

Teringat ambo pada lagu ni sebab liriknya menyebut 'cacacaca'! Kebetulan pulak ambo ada masak satu kuih 'tok nenek' yang menggunakan tepung bubur caca. Ni projek ambo 3-4 hari sudah rasanya. Tak hengat pulak ambo. Apapun ambo sangat suka kuih tok nenek ni kerana ambo pun dah masuk dalam golongan tu!
heheheheh!!!

Biasanya kuih-kuih tradisional ni, lembut, manis, lemak serba lengkap! Orang-orang muda (mungkin) kureng suka, tapi kalo ambo dari dulu memang kalo kuih 'tok nenek' ni menjadi 'pujaan hatiku' ! Suke...sangat sukee!!! hehehehh!!!


Kalo mike nak mencuba, boleh aja kita berkongsi resepi.  Oohhh..udah masuk Isyak, moh le kita berkongsi kalo berkenan!

Bahan asas:

Lapisan bawah:
3 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung bubur caca (yang telah di rebus)
Sedikit air kapur

Lapisan atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan tepung
Kaler merah
Sedikit garam

- Tepung bubur caca direbus hingga lembut dan toskan
- Blender semua bahan (di lapisan bawah) kecuali tepung bubur caca dan masak sekejap di atas api
   sederhana sehingga berwap
- Panaskan pengukus
- Sapukan loyang dengan sedikit majerin / minyak masak
- Masukkan perlaha-lahan adunan yang dimasak tadi dan kukus sekejap
- Setelah adunan agak pekat masukkan tepung bubur caca tadi dan kukuslah seperti biasa
   sehingga agak keras.
- Kemudian tuang perlahan-lahan adunan 'lapisan atas' yang telah di kisar  ke atas adunan tadi
- Kukus sehingga masak


'Kejadian' kuih ni sangat lawo....dan lembut Kaler pinknya membuat hatiku tergoda!
Muahmuahmuaahhh!! Issyyy...lebih-lebih pulak Chumah ni!

Selamat malam Jah...mimpikan ambo ye!!

BUBYEEEEEEE!!!

You Might Also Like

1 comments

  1. Pandai mu masak di... kalu mai ke kamunting bawa la utk saya merasa... hihihi - Org Kg Mu-CIMB Bank

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...