ShareThis

Selasa, 30 Oktober 2012

BISKUT NESTUM



ASSALAMUALAIKUM!

Selamat malam Jah! Jam di skrin menunjukkan pukul 8.35 malam. Ambo tak buat apa-apa malam ni.
Encik suami tengah dok makan nasi depan tv......yeahhhh depan tv Jah...sebab....sebab...sambil nonton
berita perdana. Tak kesah le di mana pun ndak makan, janji Encik suami tak lapo (lapar) Hehehehh!!!
Kureng asam betul makcik nih!!!

Lupa pulak ambo.....di dapur ambo tengah dok bakar 'kek kopi'. Nantilah kita akan tetap berkongsi!
Masak nanti nak tunggu bio sejuk sebab nak 'topping'kan dia...baru 'terasa' sikit keknya! Kan Jah?

Hari Raya, baru aja berlalu...tapi rumah ambo hari ni masih lagi di kunjungi oleh anak-anak sedara sepupu.
Nak makan biskut Raya Haji..deme kata! Ohhh...silakan...rumah Chumah sentiasa dikunjungi oleh anak-anak sedara...sepupu ke...dua pupu ke...kupu-kupu ke....ada ambo kesah? Janji biskut 'asal ada' di rumah ambo beghehhhhh!!!! hehehehhh!!!

Malam ni ambo nak berkongsi satu lagi jenis biskut raya yang ambo buat semua 'keperluan'nya tersedia ada dalam rumah ambo. Senang kan Jah...habiskan 'stok' yang ada! Mulut bolei mengunyah...barang tak ada yang membazir! Kudukut punya Chumah! Bukan kudukut la Jah...tapi membazir tu kan sahabat syaitan!!

'BISKUT NESTUM ' ni ambo buat sehari sebelum raya hari tu. Ni kawan ambo yang bagi resepi, dia pulak
dapat dari Kak Besah Myresepi. Fulamak....sedap dan rangup aja biskutnya!
Mike tak percaya, mike boleh cuba! Tak kesah le raya ke idak.....janji mencuba!
Moh le kita berkongsi!

Bahan asas:

1 cawan majerin  ( resepi asal menggunakan 1 ketul butter 250g)
1 cawan penuh gula icing ( 150gram)
2 biji kuning telur
2 cawan nestum keluarga (biasa atau madu)
3 cawan tepung gandum (300 gram) - di ayak bersama baking powder
1 camca teh baking powder
Lebihan nestum dan ceri untuk hiasan

- Putar majerin dengan gula hingga kembang
- Kemuadian masukkan kuning telur dan teruskan putar sebati
- Campurkan tepung berselang seli dengan nestum sambil di uli perlahan hingga
   menjadi doh yang lembut - jika nampak telah sesuai dohnya, jangan habiskan tepung gandum
- Terap mengikut acuan di sukai
- Sapukan terapan dengan sedikit putih telur dan golekkan ke dalam nestum dan hiaskan dengan
   ceri pilihan
- Bakar dalam suhu 150 c selama 20 - 30  minit atau sehingga biskut masak


OOoooppppsss...Udah berbau kek ambo di dapur, ambo minta diri dolu, nanti hangus pulak kek ambo tu!
Kita kongsi ye Jah! Kongsi gambo aja lah! hehehehehh!!


BUBYE.........BUBYEEEE!!



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...