Kek

KEK KOPI

  • 9:14 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


Hitam manis hitam manis
yang hitam manis
pandang tak jemu
pandang tak jemu
yang hitam manis
buah hati kuuuuu...!!!

ASSALAMUALAIKUM.

Selamat malam Jah!
Ambo rasa sejuk malam nih! Diluar....dari petang tadi hujan lebat! Mike tentu tau Jah, di rumah ambo
kalo hujan lebat kurang lebih sejam.....whuuuaaaaaa,.......mesti banjir punya! Kompom!
Ni...hujan masih lagi ghok...ghek....ghok..ghek! Musim tengkujuh le katakan. Apa-apapun, ambo tetap bersyukur kerana, walopun rumah ambo banjir, tapi tak 'seteruk' tempat lain yang banjir sampai ke dalam
rumah.....merosakkan harta benda dan yang sewaktu dengannya! (Betul ke ayat ambo ni Jah???)

Bila hujan-hujan lagu ni (begini), perut pun dok nyanyi lagu asli le! Hadooiii Jah.....nak makan apa ni?
Petang tadi udah rembat nasi sepinggan, malam ni cik perut rasa 'melopong' pulak! Sabor...sabor.....ambo nak sembang dengan mike kejap, nanti ambo ke dapur, taulah apa yang nak ambo kerjakan nanti!
Rasa-rasa ambo mee kuning ada lagi dalam esbok ambo tu, siaple ngko mi....jadi mangsa ambo malam ni!
Hehehehehh!!!

Malam ni kan Jah, ambo nak berkongsi satu lagi jenis kek yang sangat sempoi mengerjakannya!
Alah Jah...tukar sini sana sinun sikit,  jadilah KEK KOPI tu....! Ya....sedap jugak KEK KOPI ambo ni!
Tapi ambo tak letak banyak kopinya, takut pahit, 'sekadar' aja lelatnya!

Apapun, bagi ambo yang 'tak pernah kurang selera' ni, sentiasa sedappppp aja! Ni lah 'kelebihan' yang ALLAH bagi pada ambo....'selera penuh' kuangkuangkuaaangggg!!!
Jangan nak mengayat lebih-lebih pulak Chumah oooo...moh le kita berkongsi kot sape-sape yang berkenan!

Bahan asas:

4 biji telur  (gred A) kalo kecik mike guna 5 biji ye
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan gula
1 cawan air panas
3/4 cawan serbuk koko
1 camca besar serbuk kopi (ikut keperluan)
1 cawan minyak masak
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bikarbonat

- Ayak tepung gandum, serbuk koko, kopi, baking powder dan soda
- Pukul telur dengan gula hingga kembang
- Masukkan susu dan minyak - putar lagi sehingga sebati
- Masukkan campuran tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit berselang
   seli dengan air panas
- Putar lagi untuk sebatikan tepung agar tidak berbiji-biji
- Sapukan sedikit majerin pada loyang dan bakarlah adunan pada suhu 170 c selama
   kurang lebih 50 minit atau boleh juga 'test' guna lidi macam ambo selalu buat!

Untuk topping:

Coklat masakan (350 gram)
1 camca besar majerin / butter
2 camca besar susu pekat manis
Sedikit coklat rice

- Panaskan coklat masakan dalam periuk (double boiler)
- Setelah cair - masukkan majerin / butter dan masukkan susu
- Kacau sekejap dan salut pada kek yang telah di sejukkan

Kalo nak 'trei' boleh aja Jah...sedap dan lazat rasanya! Apa lagi kalo kek ni kita lengkapkan
dia dengan topping yang sungguh enak. Terasa enaknya sampai ke hari ni!
OOppppsss..lebih-lebih pulak ambo promote kek nih!

'Sudah...cukup..cukuplah sudah.....
cukup sampai di sini saja...'

Mike tau ke petikan drama apa?? JULIAAAA!!! heheheh

BUBYEEEEE!!!


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...