AKTIVITI MUSIM CUTI....!!

  • 11:06 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments






ASSALAMUALAIKUM!!


Jam di skrin menunjukkan angka 10.35 minit malam. Kalo di kampung ambo Jah, 10.35 malam ni udah lewat bebeno le! Senyap sunyi....harapkan ada lampu le, kalo tidak tak tau ada ke takdak rumah orang!!!
Heheheheh!!

Siang tadi, 3 rumah kenduri ambo pegi. 2 kenduri kawin 1 lagi kenduri aqiqah! Masakan sangat2 sedap.....!
Tu menurut selera ambo le! Di rumah pertama ada gulai lemak rebung, masak kicap ayam, kari daging,
dan ikan masin berserta buah!

Rumah kedua pulak (sepupu ambo) ambo cuma ambil sedikit nasi putih, ayamg goreng berempah dan sambal tumis petai. Ada masak hitam daging, acar buah (kalo tak silap ambo) dan ada lagi 2-3 menu, tapi
ambo kurang perhatian!

Balik terus ke rumah sepupu ambo sebelah mak...dia kenduri aqiqah cucu! Di rumah ni ada kambing bakar, kari daging, acar ikan, buah dan puding (ambo bawakan). Ada majlis baca yassiin dan merhaban.
Ambo tak dan (sempat) makan, terus balik kerana sepupu dari jauh datang! Deme 'tapaukan' untuk ambo aja lauk pauk!

Hari Selasa ni, ada lagi kenduri aqiqah. Udah di tempah suruh datang awal! Hadooiii Jah, dah tua-tua ni,
badan pun rasa nak demam..tapi udah rumah sepupu apalagi jiran belakang rumah, mau tak mau kena jugak pegi. Iya lah Jah...ini hari deme...esok lusa hari kita kan Jah? Aqiqah kali ni tumbang sekor kerbau!
Haaaaa...mewah betul orang sekarang ye! (tak dapat le ambo nak pegi ke Pekan Selasa nampak gayanya!!)
Petang sepupu (jiran belakang rumah yang lagi sorang) datang ngajak pegi meminang pulak!
Apa nak kata Jah....nak tolak....serba salah dibuatnya! Hadooiiii!!!

Hari Khamis ada lagi kenduri kawin di kampung ambo nih! Wuaaa...banyaknye orang nak kawin!
Haaaa...yang ni udah berkali-kali di jemputnya. Tak pegi, raya nanti riso pulak takut dia 'boikot' ambo
tak mau buat lemang! wakakakakaka! 'Jemputan kawin' kalo di kampung ambo di sebut 'memadah kenduri'
Bukan 'madah berhelah' Ziana Zain tau!! heheheh!

Minggu depan pulak, ada 2-3 lagi kenduri yang dok menunggu. Salah satunye rumah ' pak penakan' ambo!
( 'pak penakan' ni adalah loghat kampung ambo yang kalo mengikut Kamus Dewan berarti 'bapa saudara') Tapi rasanya dia tak buat gotong royong,

Itule serba sedikit aktiviti ambo dalam cuti sekolah ni! Sibuk memanjang!
Untungnye...ambo ni 'pandai' bawak motor, kalo asyik nak kemana dengan encik suami, payah jugak tu!
Duduk di kampung, kalo tak pandai bawak motor (atau kalo takdak motor) memang payah bebeno Jah!
Jalan kampung yang kecik, lorong-lorong atau juga tepi parit tali air sangat memerlukan motor. itulah pengangkutan yang paling mustakak kalo di kampung.

Wuahhhhh!!!! panjang bebeno sembang ambo malam ni! Iyalah Jah! lama tak bersembangkan?
Apa-apapun jumpa lagi!

ASSALAMUALAIKUM  dan Selamat malam!!!
 



You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...