BISKUT SUJI BRUNEI

  • 8:27 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM!!

Selamat malam yang indah dan terima kasih buat semua pengunjung dapur ambo yang kecik ni!
Malam ni, suasana kampung ambo agak sejuk kerana baru lepas hujan, bertambah sejuk kerana kampung ambo ni di kelilingi oleh bukit bukau yang indah!

Apa kita nak sembang malam ni Jah? Udah banyak hari kita tak berjumpa kan....kannn???
Oya...kerana 'Aidul Adha dah semakin hampir, apa kata kalo kita jenguk biskut raya ambo???
Ini projek ambo pagi tadi Jah!Konon-kononnya nak buat semalam, tapi semalam sepupu ipar ambo
meninggal, jadi ambo tunda ke hari ini.

Biskut ni ambo pernah buat 2 tahun sudah, tapi tak dan (sempat) nak masukkan gambo. Kali ni ambo buat sekali lagi kerana ambo 'suka' sesangat! Terkadang kalo anak tekak nak makan, ambo buat aja walopun bukan nak raya! Sebenarnya buat biskut kali ni bukan hape, cuma nak langsaikan baki stok raya yang lepas.
Jadi ambo buat biskut yang 'keperluan'nya ada dalam rumah ambo. Tak gitu Jah??

'BISKUT SUJI BRUNEI' itulah nama yang di beri. Ambo cari kat cik Google tadi, jumpalah di dapur 'Citarasawan'. Tak tau le dia dapat dari mana...apa-apapun terima kasih le kerana berkongsi resepi yang
sungguh sedap ni. 'BISKUT SUJI BRUNEI' ni sangat rangup, harum dan sangat menepati piawaian ambo!
Hehehehhh!!!!Tak percaya? Mike boleh cuba, lagi pulak sangat senang membikinnya!

Apa-apapun moh le kita berkongsi mata dengan biskut ambo yang sedap ni! Pada ambo le kalo tak makan, jiwa jadi kacau ni...sebab apa Jah? Tentu sebab sedap!!!!!!
Jangan buang masa Jah..moh le kita kongsi!!!

Bahan asas:

200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur (shortening)
180 gram gula halus
100 gram cornflakes (kisar halus)
1 kuning telur
80 gram tepung suji (semolina)
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (ambo guna kurang lebih 360 gram)

Bahan salut:

Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya (ambo guna coffeemate)
Sedikit gula halus

- Putar minyak sapi, minyak sayuran dan gula halus hingga sebati (rata)
- Masukkan kuning telur dan pukul lagi
- Masukkan tepung suji, tepung jagung dan cornflakes - sebatikan
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan sebatikan semuanya
- Siap untuk di terap atau boleh juga di gentel bulat-bulat
- Bakar pada suhu 180 C selama lebih kurang 15 - 20 minit
- Biarkan sejuk dulu barulah di golekkan dalam bahan salut

Boleh Jah????hehehehh!!!

Ambo minta diri dolu...nak ke dapur, nak salut 'Kerepek Tayamun' ambo pulak.
Nanti kita kongsi ye Jah!

'SELAMAT HARI RAYA AIDUL 'ADHA ' pada semua!



BYE......BUBYEEEE!!!!





You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...