ShareThis

Selasa, 2 Oktober 2012

GORENG SOTONG KUNYIT



ASSALAMUALAIKUM!!!

Selamat malam! Udah tidur ke mike Jah?  Isy..isyyy...isyyyyy...malam ' muda ' lagi laaa..watpa nak tidur
awal-awal! Meh le sembang-sembang dengan ambo dulu! kalo mike tak mau bersembang dengan ambo,
huhuhuuuu..tak ada kawan le ambo ni!

Cuaca di kampung ambo malam ni agak sejuk...nyaman aja...angin sepoi-sepoi menambahkan lagi suasana
kampung yang nyaman dan tenang! Telinga dok dengar berita dari TV3, mata dok tertumpu pada skrin, tangan dok mengetuk keyboard...wahahah...hebat makcik punya konsentrasi!

Apa kita punya tajuk bualan malam ni ye Jah? OOooooo...itu haliiii,ada wa masak satu masakan yang palingggggg sempoi.....! Yelah..udah tengahari rembang baru nak masak, sempoi-sempoi le masakannya......!! Tapi kan Jah kadangkala yang sempoi tu le yang sedap! Hehehehh!!!

Nak tau apa Chumah masak? Tak lai tak bukan SOTONG GORENG KUNYIT. Semua orang
(mungkin) dah selalu masak, tapi ambo nak juga berkongsi dengan mike! Terkadang masakan memang
serupa (seakan) tapi 'cara' masak tu berbeza antara seseorang dengan orang lain. Tak gitu Jah???
Moh le kita berkongsi 'cara' ambo yang sangat sempoi ni! Kalo orang yang malazzz macam ambo ni, beginilah caranya!hehehehh!!!!

Bahan asas:

1/2 kg sotong basah
5-6 tangkai kacang panjang
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 biji cili hijau atau merah
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng

- Sotong dibersihkan dan di potong dan toskan ia setelah digaul dengan garam dan serbuk kunyit
- Kacang panjang di potong (anggaran 1 inci)
- Bawang besar dan halia juga di potong (ikut suka)
- Panaskan kuali dan goreng sotong sehingga setengah masak
- Letakkan kacang panjang, halia, cili dan bawang dan goreng sehingga masak
- Angkat dan bolehlah di hidangkan

Apamacam Jah..sungguh sempoi dan sangat sesuai bagi orang-orang yang tak cukup masa!
Hehehehhh...apa-apapun...masakan ni begheh sokmo!

BUBYEEE Jah! Jumpa lagi......!!!
-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...