Kek

KEK SEMPOI (cara ambo)

  • 9:08 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMAUALAIKUM!

Selamat malam semua! Sihat ka Dek Non? Pa habaq mai kat cek, kalo tak sehat cek nak habaq kat hangpa pi la klinik, awat nak sayang duit dek Non...duit kan bolei cari...pi klinik...piiiiii!!!! heheheheh!!!

Apapasal ambo malam ni? Lidah tergeliat terlentok cakap Penang? Betul ke loghat teman ni?
Sajaaaa Jah...sebelah Batu Kurau ni kebanyakan warganya....condong kepada loghat Utara, tapi di kebanyakan kampung2nya pulak lebih banyak kepada loghat Pattani....kurang lebih kepada dailek kelantan.

Kita tinggalkan isu dailek ni...moh kita bercerita kisah masak memasak pulak ye Jah! Apa mike masak raya
hari tu, Itule, ambo sekeluarga 'tinggalkan' sebentar kampung halaman kerana beraya di rumah kak ambo.
Saja...ubah angin le.....itupun selepas solat sunat Aidul Adha...baru le kami 'merangkak' pegi!

Ingatkan taadalah tetamu yang nak menjenguk kami, rupanya balik aja kami malam tu, udah sampai cerita
yang ramai le jugak tetamu yang datang berkunjung, tapi sayang beribu kali sayang, 'tuan rumah' beraya di tempat orang!

Tahun ni, ambo sekeluarga tak buat korban, insyaallah kalo di beri rezeki yang 'lebih' dari Yang Berkuasa, ambo akan buat lagi di masa mendatang. Kalo ikutkan nak buat tiap-tiap tahun Jah. Insyaallah!
Apa-apapun, malam ni tak mau cakap pasal korban, tapi ambo nak berkongsi satu lagi jenis kek.
Kek ni ambo buat sempoi aja....menggunakan barangan yang sedia ada di rumah!
Itulah kan ambo cakap sebelum ni, semua jenis biskut dan kuih muih , ambo menggunakan  'keperluan' yang sedia ada dalam rumah...yelah Jah 'melangsaikan' apa yang ada dulu, riso juga ambo nanti rosak takdak bukti! Tak gitu Jah?

Ini resepi "KEK BIASA' yang ambo olah sikit-sikit nak bagi nampak menarik dan tertarik. Pada ambo ianya 'agak' menarik sebab warni warnanya yang gilang gemilang!!! hahahahahhh!!! Ni spesis masuk bakul sendiri angkat le!!! kuangkuangkuangggg!!!

Kalo mike nak coba...bolei saja kita kongsi...sedap jugak kalo mengikut anak ambo dan anak tekak ambo ni! Rezeki ALLAH bagi, kita makanle dengan nikmat kan Jah? Toksah mengayat banyak sangat Chumah,
moh le kita berkongsi:

Bahan asas:

5 biji telur (gred A)
2 cawan majerin
2 1/4 cawan tepung gandum (ayak bersama baking powder)
2 cawan gula halus
1 1/2 camca teh baking powder
Sedikit serbuk koko
Kaler yang di sukai
1/2 cawan susu pekat manis (kalo perlu)


- Putar majerin dengan gula halus hingga gebu
- Pada bekas lain, putar telur hingga kembang
- Campurkan kedua bahan putar di atas
- Masukkan tepung perlahan-lahan secara kaup balikkan saja
-Kalo nampak adunan sedikit keras, masukkan susu pekat manis
- Bahagikan adunan kepada kaler yang di sukai (ambo gunakan 3 kaler)
-Bakar satu adunan kaler dalam loyang 10" yang di sapu sedikit majerin pada suhu 160 c
- Setelah masak, keluarkan dan ayak sedikit serbuk koko di atas permukaan kek tadi
- Letak selapis lagi adunan di atas kek yang di ayak serbuk koko dan bakar semula
   menggunakan api atas sahaja
- Buat sehingga selesai semua adunan dan 1/2 jam terakhir bakarlah menggunakan
   api atas bawah sehingga masak.
- Jangka masak kek bergantung kepada oven masing-masing (ambo hanya 'test' dengan lidi untuk
   uji masak ke belum) hehehehh.....cara orang tua!

Worait Jah.....kalo nak trei boleh le......musim raya lagi nih!
En suami pun suka sebab ianya kek yang sempoi!
Ambo.....??? Semua sedap!!!

Jumpa lagi bila-bila masa dari sekarang.....BUBYEE Jahhhh!!!





You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...