ShareThis

Ahad, 7 Oktober 2012

PUDING ROTI


ASSALAMUALAIKUM!

Udah bangun tido ke Jah? hari minggu ni kan...sesetengah orang sambung tido le, ganti tidur yang tak cukup hari-hari sebelumnya! Tapi kan Jah, kalo terbiasa  'menyambung tido' orang tua-tua kata tak bagus (baik) muka takdak 'seri' Jah ooooiii!!! Lagi pulak buang masa kan...???? Rezeki 'kurengggg'!

Wah! bersyarah pulak ambo pagi-pagi hari ni! Maklumle sesekali bersembang dengan mike waktu pagi.
Kalo sebelum ni...asyik waktu [petang dengan malam aja!
Hari ni ambo tak buat apa, tak pegi kemana. Cuma di dapur ambo tengah dok perap (sekejap) Apam Mentega' ambo sebab petang nanti ada kenduri kesyukuran di rumah sepupu ambo. Tak tau nak bagi
apa...bagi Apam Mentega' udah le, nompang kenduri! Tak begitu Jah

Pagi ni, ambo berseghok (kalo ngikut Kamus Dewan berarti 'bersarapan pagi' hehehehh !!!) dengan Nasi Goreng Kampung! Malam semalam ambo buat 'Lepat Labu' Jadi pagi ni melantak le Nasi Goreng dengan Lepat Labu. Sedap Jah....sangat sedap.. tu la sampai menjilat bibir Jah! hehehehehhh!!! Nanti ada kelapangan masa kita kongsi dih!

Pagi ni ambo nak kongsi resepi 'PUDING ROTI' sekali lagi. Selalu buat puding ni, tapi mencuba berbagai
resepi! Siot Jah! Kali ni ambo skodeng resepi Puan Mai dari My Resepi! Moh le kita kongsi. Terima kasih pada tuan empunya resepi terawal sebab Puan Mai dapat dari Mingguan Wanita!

Bahan asas:

1 bungkus agar-agar (37 gram)
2 biji telur 1 tin susu cait
5 susu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 susu makan gula pasir
 coklat emulco (yang ni ambo ubah dari resepi asal)

- Masak agar-agar dengan air ( anggaran air hingga tenggelam agar-agar)
- Masukkan gula - kacau
- Blender roti, telur, susu cair dan susu pekat
- Tuang bahan blender ke dalam pariuk agar-agar tadi - masak dengan api perlahan
   hingga masak
- Bahagikan kepada 2 bahagian
- 1 bahagian biarkan warna asal dan satu bahagian lagi campurkan dengan coklat emulco
- Biarkan seketika supaya agak pekat 9kurang lebih 10 minit)
- Tuang berselang seli atau boleh juga buat selapis selapis.
- Sejukkan.


Boleh cuba Jah sebab sangat senang membikinnya...anak-anak dan en suami pun tentu suka
apalagi kalo hari panas...tekak pun jadi kering....luncur dengan puding yang di sejukkan dalam
esbok memang mengancam habis.

Wokey Jah ambo nak gi ke dapur, nak mengukus 'Apam Mentega' ambo pulak!

BUBYE....BUBYYYEEEEE!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...