ShareThis

Selasa, 23 Oktober 2012

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING



ASSALAMUALAIKUM!!!

Salam sejahtera! Moga kita semua dalam perlindunganNYA dan sentiasa sihat serta bahagia!
Rasa 'bahagia' tu sebenarnya tak boleh dibeli dengan wang ringgit! Terkadang kita kena 'mencari'
bahagia itu! Tak begitu Jah????

Petang ni ambo dok sorang-sorang Jah! En. suami dok belakang rumah....tengah dok 'memerun' tanah di belakang rumah...konon-kononya nak buat 'projek' baru . Harap-harap menjadi le!Tanam durian pun tak
begitu menjadi..maklum aja tanah bekas bendang le katakan! Pokok  'orait' buahnya 'kureng', dari duduk
tersia-sia (betul ke bahasaku ini?) baikle merancang projek lain..kanb Jah???? Heheheheh!!

Lagi 4 hari, kita umat Islam akan menyambut 10 Zulhijjah, tentu antara kita dah 'bersedia' dengan biskut rayakan? Sekurang-kurangnya adalha 3 - 4 jenis kan? Kali ni ambo tak mau cakap tentang biskut raya, tapi
ambo nak berkongsi dengan mike satu jenis lauk..haaaaa tu lah dia 'SAMBAL TUMIS SOTONG KERING'

Jahhhhhh! ambo memang kalo jenis lauk 'terlalu' sempoi...tu lah asyik terkejar masa aja...iyalah Jah kadang
Subuh-subuh udah sediakan lauk pauk.....tak ke semuanya sempoi Jah...aaddeesss...janji boleh lalu di 'anak tekak'. Apapun , anak teruna ambo sangat suka sambal ni....katanya kalo pekena dengan nasi lemak 'mengancam' habizzzz!!

Kalo mike suka, moh le kita berkongsi!

Bahan asas:

500 gram sotong kering
15 - 20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
3 camca besar kicap masin
Minyak untuk menumis
Serbuk perasa (kalo suka)
Air asam jawa
Sedikit gula

- Sotong di rendam dengan air panas, bersihkan dan toskan dia
- Cili kering, bawang besar, bawang putih dan belacan di kisar halus
- Campurkan sotong dan bahan kisar serta kicap dalam bekas - perapkan dia 1/2 jam
- Panaskan minyak
- Masukkan bahan yang di perap dan tambahkan sedikit air (jika perlu)
- Perisakan dengan sedikit gula, air asam jawa dan kalo kurang masin, barulah letakkan garam
   mengikut keperluan.


Sempoikan masakan ambo, tapi inilah feberet anak ambo...ringkas tapi menawan jiwa raga!
hehehehh! Boleh cuba masakan sempoi ambo ni, kalo mike kureng masa!
Makan dengan nasi panas-panas...huuiiii...berpeluh-peluh Jah!

Wokey Jah...ambo minta diri dolu...drama 'JULIA' dah nak start!
' Sudahhhh...cukup..cukuplah sudah.....
cukup sampai di sini sajaaaaaa!

Hehehehhh...BUBYEEEE Jah!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...