TAM DAN YABU KU....!

  • 4:18 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments







Isk...isk..iiisssskkkkk!
Sedih....memang ambo sangat sedih bila mengenang kedua-duanya...Tam dan Yabu!

Ambo bela Tam dah lama.....semasa anak ambo Siti Hajar dalam tahun 5 iaitu pada tahun 2008
semasa dia balik dari periksa UPKK terjumpa Tam di buang orang....mujurlah tak dilanggar kereta!

Yabu pulak ambo ambil di sekolah setelah sesi pembersihan sekolah di adakan... Kesian....sudahlah tak cukup makan di kejar pulak oleh budak2 sekolah yang nakal dan suka mengusik.

Membela kedua-duanya sangat menghiburkan ambo sekeluarga. Anak-anak ambo..baik Aiman maupun Hajar sangat suka pada binatang, apalagi Tam dan Yabu sangat manja dan keletahnya menghiburkan kami semua.

Tam mula sakit setelah kena langgar. Ambo berulang membawanya ke klinik. 3 kali juga Tam di rawat oleh doktor haiwan. Kemudian Tam semakin sihat.....tapi dia mula kena 'hepatitis B'
kesian Tam, dia mula tak lalu makan, ambo bagi dia vitamin yang doktor bekalkan. Tapak kaki dan tangannya mula menjadi kunig. Bukan senang nak bagi ubat pada Tam...menggelupur aja dia...tapi Alhamdulillah habis juga ubat ambo kasi!

Tam semakin tak sihat, selalu saja sejuk dan dia lebih banyak tidur! Ikan rebus yang menjadi kesukaan diapun jarang dihabiskannya. Tam semakin kurus....mungkin sudah ajalnya Tam mati pada pukul 9.20 pagi Hari Ahad bersamaan 2 Oktober 2011.

Selepas Tam mati, yabu mula buat hal. Tak mau makan dan sentiasa murung. Yabu selalu mengiau-ngiau seakan mencari sesuatu. Matanya dah tiada sinar, tiada lagi keletahnya yang melucukan, Yabu selalu termenung dan menyendiri......!
Binatang pun tahu erti kehilangan..Walaupun Tam dan Yabu bukan adik beradik dan jarak usia yang berbeza, tapi mereka saling sayang menyayangi, kami sekeluarga maklum tentang itu.

Yabu semakin kurus, bagi vitamin pun dia tak mau makan, bancuh dengan susu pun dia tak mau, dia seakan menyeksa diri sendiri...... Ambo sangat sedih..memang teramat sedih!
2 minggu selepas Tam mati, Yabu menyusul. Yabu mati pada pukul 7.20 pagi Hari Ahad 16 Oktober 2011. Kubur Yabu bersebelahan dengan kubur Tam.
Tam dan Yabu...mereka mati di depan mata ambo, ambo mengadap masa nazak mereka dan sehingga nafas terakhir mereka.

Sehingga kini ambo sekeluarga masih merindui kedua-duanya.
Tam dan Yabu...kucing-kucing kesayangan ambo dan anak-anak!Ambo selalu melihat album gambar Tam dan Yabu...seakan mau mengusap bulunya....seakan mau memeluknya...seakan mau menciumnya...tapi..itu semua tinggal kenangan.....kerana sehingga kini kami masih belum mencari pengganti Tam dan Yabu!.

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...