ShareThis

Ahad, 27 November 2011

BUANG BAYI...EEHHH ANAK SAPA LA NI?





ASSALAMUALAIKUM.

Ghasanya dah banyak haghi ambo tak bukak blog ni....windu pada muma! tapi ambo ni sokmo pong sebok ngan urusan ghumah tangga, apalagi kalu sepanjang haghi daghi puko 8 sapei puko 5 dok di tepat lheing..... sutok nya masa di ghumah!

Apa-apa pong haghi ni adalae jugak masa ambo dih! Ni ambo nak citer isu panas loni..keh buang bayi! Sedih ooooo apalagi kalu terjeghomoh dengan kita senighi!

Beisalae ambo, kalu ujong mingung kae, kena lae dok menyapuh keliling ghumah yang semak bedengung tu! Apalagi museng loni hat selalu dok ujan. Belenyei kok keliling ghumah, apalagi ghumah hat selalu dok kena banjei!

Sapu punya sapu, tergolek lae bayi ni.....patuklae pong tepat tu dah ada sikik bau...ghupa-ghupanya mayat bayi yang dah hilang butei mata......!!! Isy..isy...isy.....tekejuk beghok ambo!
Kesian...sedih..silih bergati lae!

Takpa lae .....ambo pujuk ambo punya hati! Sapu lagi....bergolek lagi sekor! Huh! Napak dok tercagangak-cangak! Idok lagi....tapi sangat lemah! Kesiannyaaaa! Sapa lae punya kerja...tak sayang anak ke? Buang anak merata-rata? Ambo mengutuk -ngutuk soghang dighi.....!

Ambo ambik.....usap-usap. Terkulei dah tekok dia, mata pong dah buyuk, muluk jei yang dok nganga-nganga takdak sora!Basah belosoh badan dia, maklong lae malam semalam ujan lebat! Ambo bawak masuk, ambik nasik sejuk...ambo trei suap ke dia...!
Budak kecik...susah sikik lae nak bagi makan!

Tak mboh lae bagi banyak, satgi dia peisan pulak. Dua tiga butei je ambo suap...ambo letak dia molek-molek dalam bako bagi dia rehat! Ambo gi sambung kerja ambo balik.

Tengahaghi ambo jenguk, dia kho dok buleh pangung pala dia dah...Alhamdulillah! Ambo nekad nak bela dia...sapei dia besa...Sok-sok kalu dia dah sihat, dah besa...dia nak gi balik pada puak dia, gi lae....ambo rela! tapi loni ambo kena bela dia dulu!

Ambo bagi makan lagi.Dah banyak dia makan..adalae kughang lebih 15 bijik nasi. Dia dah kho dok sihat....bila dia ghasa tangan ambo, dia dah hakik (angkat) kepak yang tak beghapa tumbuh bulu tu! Dia dah boleh tonyoh2 paghuh dia ke tangan ambo! Senoknya ambo ghasa!
Dah banyak kali ambo bagi makan ke dia...budak ni napak kho dok sihat! Bila ambo ambik letak kat tapak tangan, dia dah buleh pusing2 badan dia, tonyoh2 paghoh dia, sora pong dah ada!

Suami ambo pong sokong ambo...'bela lae!' dia kata. Bila ambo tanya puak mana ni? Dia pong tak can..'.kecik lagi..tak buleh nak can!' suami ambo kata. Ambo dok ghasa bayi ni TERjatuh daghi sarangnya di atas pokok.

Apa-apapun, ambo akan bela.....ini adalah hadiah ' TAHUN BARU 1433 HIJRAH' pada ambo.
Beto dak? Moga panjang omo budak kecik ni dalam jagaan ambo....suatu haghi nanti, balei lae ke dia, kalu dia nak balik ke puak dia! Ambo redha dan ambo rela..walopong ambo dah jatuh kasih pada dia....

Tu baghu anak bughong, kalu anak oghang...isyy...isyyy....tak termampu ambo bayangkan lagu mana? Sapeinya hati dema, buang anak merata-rata. Dah lah teruk-teruk mengandung, setengah nyawa pulak beranak...senang je buang, senang2 je bunuh!!!!

Di tahun yang penuh makna ni, maghi lae kita sama-sama menjaga anak-anak kita, agama kita, negara kita! Moga selamat semuanya!

Ambo begheti di sini!!!! Assalamualaikum!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...