ShareThis

Rabu, 31 Julai 2013

SEMPERIT SUSU


ASSALAMUALAIKUM!!!

Selamat malam Jah. Pekabo? Kali nih kita bersembang waktu malam pulak....perut pun masih sarat
berisi, maklum aja baru lepas berbuka! Alhamdulillah...udah 22 hari kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta membutakan diri dari melihat perkara yang mungkar, memekakkan pendengaran dari
mendengar perkara keji dan membisukan lidah dari berkata yang tak baik!

Lama beno kita tak bersembang kan Jah! Setiap hari ambo ada di 'dapur ambo' tapi 'tak dan' (tak sempat)
nak berkongsi dan bersembang dengan mike! Malam ni ada masa terluang, ambo rembat! Hahahahah!!!
PPppsssstttt!!! nak tanya mike, udah berapa jenis biskut raya yang udah di buat? HHhhhaaaaa.... udah penuh meja??

Itule ambo ni baru dua jenis...itu pun yang sejenis tu dah alang kepalang dah! Udah tinggal 2-3 ketoi dah!
Kena buat pulak Jah oooiii! Itu kan biskut kegemaran abang ambo! Kalo dia balik, dia akan tercari-cari biskut tu! Nanti esok malam kita kongsi biskut kesukaan abang ambo tu!

Malam ni ambo nak kongsi satu lagi biskut! Biskut ni 'pembuka tirai' biskut raya ambo di tahun nih!
Mike nak tau biskut apa? Tak lain tak bukan 'SEMPERIT SUSU' lah! Biskut semperit adalah biskut 'pujaan hati' arwah mak ambo! Walopun ambo kureng suka, tapi arwah sangat berkenan! Jadi ambo akan buat setiap kali raya, cuma resepinya yang berlainan! Bila ada SEMPERIT, rasa  'meriah' Jah!!!!

SEMPERIT SUSU ni ambo dapat dari FB, nampak pembikinannya yang sangat sempoi, tu lah jadik nih!
'yang sedang-sedang saja' Jah!! Walo apapun, ambo akan buat yang anak-anak suka! En suami tak berapa
kesah dengan biskut raya! Tak lupa, ambo ingin mengucapkan terima kasih pada yang empunya resepi dan izinkan ambo berkongsi di sini pulak. Ambo tak tau sape yang berkongsi di 'dinding fb' ambo! ni mesti resepi atas resepi nih!

Apa-apa pun, moh le Jah kita berkongsi 'SEMPERIT SUSU' ni, kalo berkenan mike teruskan!

Bahan asas:

4 cawan tepung jagung
1/2 tin susu pekat manis
1 ketul butter
Ceri untuk hiasa (ambo guna ceri hijo dan merah)

- Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati
- Udah lembut adunan tu, mike boleh le mula menekan pad acuan
- Letakkan ceri yang teh di potong
- Bakar selama lebih kurang 15 minit dengan suhu 150 c

Worait Jah, ambo minta diri dolu, nak tengok kulit popia ambo udah boleh disimpul atau belum.
Rasa nak buat 'simpul kasih' le pula! heheheh!
Entah jadi ke tidak...badan penat nih!!

BUBYE!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...