AGAR-AGAR LENGKONG SANTAN

  • 9:00 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments




ASSALAMAUALAIKUM!!

Selamat berbuka puasa buat semua tetamu dapur ambo! Berbuka apa petang tadi?
Tentu yang sedap-sedapkan Jah! Alhamdulillah..nikmatilah hidangan dengan penuh rasa syukur walo
apapun hidangannya! Syukur kerana kita masih hidup di bumi Malaysia yang kita kasihi ini, yang penuh dengan kemewahan dan kedamaian! Syukur pada ALLAH, kerana kita semua masih dapat menunaikan Rukun Islam yang ketiga kali ini!

Tak tau nak sembang apa malam ni, gamaknya ramai yang ke masjid menunaikan solat sunat Tarawih kan?
Ambo sentiasa mendoakan agar lutut ambo ni cepat baiknya. Dulu sakit di pergelangan kaki, sekarang udah ke lutut pulak larinya. Haddoooiii Jah..!!!

Tadi, balik dari kerja...selepas solat Asar,  tiba-tiba aja terhengen nak makan 'AGAR-AGAR LENGKONG SANTAN'. Rasa nyaman aja tekak bila terkenangkan agar-agar nih!
Bukak esbok..ada ke  lagi lengkong 2 kurun lepas ? hahahahh! Ada JaaaaHHH! beghehhhh!! Mesti jadi nih!
Dalam hati berbunga-bunga! Bolehlah berbuka nanti di luncur dengan agar-agar yang dingin nih!

Rasanya manis-manis lemak gitu...Pasti mike 'terguda' Jah!
Nak kongsi ke Jah 'AGAR-AGAR LENGKONG SANTAN' ambo nih? Moh le kita....!


Bahan asas:

1 keping lengkong
37 gm agar-agar tali ( ambil separuh aja)
3 gelas air
1 cawan gula
1 kotak santan (ambo guna ayam brand)
Pewarna hitam
Sedikit garam

- Masak agar-agar hingga hancur dan masukkan gula
- Setelah gula hancur - tutup api
- Bahagikan kepada 2 bahagian
- Satu bahagian masukkan santan dan sedikit garam
- Satu bahagian lagi masukkan sedikit pewarna hitam dan lengkong yang di kisar halus
- Kedua-dua bahagian ini di masak sebentar di atas api sehingga sekali mendidih,
- Setelah itu, tuang berselang seli selapis demi selapis sehingga habis.
- Sejukkan ke dalam esbok untuk hidangan yang lazat dan nyaman

catatan:

- Ambo menggunakan 2 senduk setiap lapisan dan cakarkan permukaan yang beku dengan garpu
   sebelum menuang lapisan seterusnya.
- Jika agar2 yang belum di lapis nampak beku, panaskan dengan api kecil

Bolehkan Jah...sedap jika di makan sejuk-sejuk dan sungguh lazat bila dimakan di bulan posa!
heheheehhh!!!

Cukup setakat ini.....ambo mintak diri dolu..jumpa lagi bila-bila terluang!!!

BUBYYEEEE!!!!!!





You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...