ShareThis

Khamis, 4 Julai 2013

AGAR-AGAR PANDAN


ASSALAMUALAIKUM!!

Selamat petang semua tetamu ambo yang di kasihi! Pekabo semua? Tentu sihatkan apalagi kita semua tentunya tak sabar menanti Ramadhan yang penuh keberkatan.
Di kampung ambo, Kampung Anak Kurau nih bila petang je udah nampak sinar mentari seperti sinar di bulan Ramadhan. Cerah dan ceria.

Petang kemarin, keluar sekejap ke Bandar Taiping..waaahhhh...macam-macam promosi ada. Perabutlah, berbuka puasalah, kain baju jangan cakaplah dan macam-macam!
Masuk kedai bakery......wwwuuuuuaaaa naik 'fenin' kepala ambo! cheese le, acuan biskut pelbagai gaya le,
mentega pelbagai saiz le, warni warna apa yang taada! fenin...fenin...fenin....!!! Jom balik!

Bila di fikir balik, luaran dah meriah dan sendat terisi....tapi jiwa kita terisi kah? Semoga di bulan yang berkat ini, ALLAH menetapkan iman kita, memenuhi ruang jiwa kita dengan nurNYA! Moga....moga....!

Berbalik pada tajuk sembang kita kali ni, apa lagi resepi yang nak ambo kongsikan dengan mike?
Mike kena ingat, ambo bukan ada ilmu nak mengajo (mengajar) mike, ambo bukan orang yang handal
dalam masak memasak nih..cuma ambo suka 'berkongsi' dengan mike, apa yang ambo masak, apa yang ambo boleh kongsi, ambo kongsikan! Tak gitu Jah!

Resepi yang akan ambo kongsikan kali ni masih lagi 'luncuran di tekak'! Hahahah!!!!!!!
'AGAR-AGAR PANDAN' itule yang ambo masak 2 -3 hari lepas. Sangat enak kerana wangi pandannya
menggoda ambo! En suami sangat suka agar-agar yang 'ringan' macam ni! Hilang dahaga katanya.
Iyalah Jah, kalo en. suami balik dari kebun, berselera dia menyuap 'AGAR-AGAR PANDAN' ni.

Moh le Jah kita berkongsi:

Bahan asas:

37 gm agar-agar tali
7 helai daun pandan
6 gelas air
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
Secubit garam

- Rebus agar-agar hingga hancur dan masukkan gula
- Daun pandan di kisar dan di tapis untuk di jadikan 1 gelas air pandan
- Kisar telur bersama air daun pandan
- Masukkan kedalam agar-agar tadi bersama secubit garam
- Biarkan mendidih dan angkat
- Tuang ke dalam loyang atau boleh juga di letak ke dalam acuan2 yang comel
- Sejukkan ke dalam esbok.

Boleh cuba yang sangat sempoi nih....musim-musim kemarau ni memang sangat lazat kalo di suakan dengan
manisan-manisan sebegini.
Ambo mohon diri, jumpa lagi bila-bila masa dari sekarang.....ambo nak pegi siram pokok-pokok bunga ambo pulak...Kesian 'kepanasan' deme!


BUBYEEE Jah!!!!



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...