ShareThis

Khamis, 11 Julai 2013

DAGING GORENG KUNYIT


ASSALAMUALAIKUM!!!

Selamat malam semua!
Tadi balik kerja dalam hujan....ni rasa badan 'suwei' aja!  ('suwei' kalo mengikut KAMUS DEWAN
berarti seram-seram sejuk!) Ni loghat kampung ambo le Jah...sesekali kena selitkan jugak kan?

Malam ni kaki ambo berbungkus lagi..Kadang-kadang tengah dok sedap-sedap berjalan pun, kaki terkehel
jugak! Hadoiii Jah..masa tu le muka kemek-kemek tahan sakit! Tapi taapalah Jah...orang lain lagi menanggung sakit, ambo ni cuma sakit sikit aja....!

Semakin usia menginjak 'emas' nih (emas ke?) sikit demi sikit nikmat hidup di tarik oleh YANG BERKUASA. Iya lah Jah...dari sini kita akan mengingatkan diri kita sendiri kepada 'LIMA PERKARA SEBELUM' kan Jah! Sudah kah bersedia jika dalam masa terdekat ni kita di panggil mengadap Tuhan?

Worait Jah...apa-apapun nak tanya mike...berbuka apa hari ni? Tentu mike semua menyediakan juadah
yang enak-enak untuk keluarga yang di kasihi kan?Ambo taada yang spesel, sekadar yang 'sedang-sedang saja'! Janji sedap dan mengikut piawaian keluarga ambo. Sekadar masak 1 jenis lauk, yang berkuah en suami order! Malaz betul le makcik nih! Ooooo...bukan begitu Jah...mampu setakat itu..1 jenis jugak maaa!!!!

Di bulan posa nih, selera ambo selalunya agak terhad. Masa ni le anak tekak asyik mengada-ngada.
Lauk berkuah tak mandang le! Ambo suka yang 'kering-kering' aja...seperti selera Tecik Hajar!
Tapi anak teruna dan en suami suka yang berkuah!

Petang tadi, en suami order lauk berkuah ikut selera deme 2 beranak. Ambo cuma masak 'DAGING GORENG KUNYIT ' aja. Cukup sempoi tapi menyelerakan!
Moh le kita kongsi tengok resepinya!

Bahan asas:

500 gm daging
4 tangkai kacang panjang - di potong
1 biji karot - di potong bulat
1 biji cili merah - di belah dan di potong
1 biji bawang besar - di belah dan potong bulat
1 inci halia - di potong
2 ulas bawang putih - di hiris kasar
Garam dan serbuk kunyit

- Daging di potong dan di toskan - gaul bersama garam dan serbuk kunyit
- Panaskan minyak - Goreng daging sehingga empuk
- Setelah daging empuk - masukkan kacang panjang, karot, cili, bawang dan halia
- Sebatikan dan biarkan sebentar
- Angkat untuk di hidangkan

Senangkan resepi 'ala-ala sempoi' ambo ni kan? Kalo mike 'tak berapa nak rajen' resepi ni paling sesuai!
hahahah!!!

Ambo mintak diri dolu..BUBYEEE!!!

1 ulasan:

Cida de' Nuanza berkata...

menu simple gini mmg sesuai sgt utk berbuka n sahur...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...