ShareThis

Ahad, 14 Julai 2013

AISKRIM SEMPOI

..yang ni belum di usik

Nahhhh...Si Tecik Hajar dah merasmikannya....tara..tarrrraaaa!!!

ASSALAMUALAIKUM!!!!

Selamat berbuka puasa istimewa buat tetamu ambo. Pekabo Jah puasa hari nih?
Udah 5 hari kita berpuasa...nampaknya dah serasi dengan Ramadhan ni kan?
Iyalah...biasa kita makan tak tentu jam,tak tentu masa, tapi bila bulan Ramadhan yang mulia ni..mengajar kita erti DISIPLIN... makan ikut jam dan dapatlah 'kilang-kilang' dalam perut kita 'rilek' sikit kan Jah?

Kalo di ikut sibuk..memanglah sibuk! Itulah, ambo kalo boleh mau hari-hari adalah hari Sabtu dan Ahad aja!
Hihihihi....Dua hari berturut-turut ambo mengerjakan 'karipap pusing' ambo..bukan apa..kadang-kadang
tak sampai hati menghampakan keinginan orang! Ambo nih kan 'penyayang' orangnya! Ngehngehngehhhh!!!!

Sekarang, di kampung ambo 'selalu' jugak hujan turun. Walopun tak lebat, dapatlah jugak membasahkan tanaman ambo tu, suasana kampung pun taklah panas sangat....!! Bulan-bulan posa nih, sentiasa rasa sejuk kan Jah? Sejuk...nyaman...dan tenang!


Walo apapun, bila time berbuka aja, anak tekak rasa nak makan yang sejuk-sejuk gitu..nyaman aja kalo meluncur di tekak ni haaaa!! Itu lah kemarin, skodeng punya skodeng....ngendap punya ngendap terjumpalah
resepi 'AISKRIM SEMPOI ' nih! Aiskrim ambo nih taklah seperti Aiskrim Baskin Robbin atau pun Walls,
tapi...tapiii...sipi-sipi tu rasa ada kot! hahahahahh !! Ala-ala gitu!

Rasa ambo, semua orang tentu suka aiskrim. Tak kiralah budak kecik ke, budak besar ke, yang sedang-sedang ke semua suka aiskrim. En suami ambo pun suka, ambo toksah kiralah, anak-anak ambo apalagi! hihihihi!!
Pembuatan AISKRIM SEMPOI' ambo ni sangaaatttttlah senang, sangat sempoi. Mike belasah aja semua
bahan, tekan mixer....jadilah aiskrim ni!

Resepi ni ambo skodeng dari blog Cik Epal, terima kasih empunya resepi, relakan ambo berkongsi resepi
ni dengan sesiapa yang sudi. Ilmu tak boleh kedekutkan Jah! Moh le kita semak resepinya:

Bahan asas:

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 biji telur
1 camca teh esen vanila
1 camca besar ovellate
Perisa (ambo guna cappuchino dan jagung serta hiasan chocolate rice)

- Campur semua bahan
- Goyang gerudi lah selama lebih kurang 15 - 20 minit - sampai pekat ala-ala cream gitu
- Setelah ber'krim' letak dalam bekas lain dan (jika suka) taburlah chocolate rice ke atasnya.
- Simpan dalam esbok (tempat beku)
- Ambo simpan lebih kurang 5-6 jam barule sedap di makan


Mike nak trei, boleh le sebab senang  dan tak banyak kerenah dan paling penting tak banyak bahan
yang digunakan. Boleh le hilang-hilangkan 'ketagih' aiskrim kan???

Hari nih ambo berbuka dengan tomyam  dan karipap pusing...waaaaahhhh sedap kemain!
Tak terlioooorrrr ke Jah??? Nanti kita kongsi ye!!!

BUBYYEEEE!!!!



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mesti sedap nii!!!! kalau anak-anak saya dah tentu pecah bekas pakat berebut nak perabih.

Selipar Boolat berkata...

wah opah.. sedapnyer aiskrim tue.. nak try buat laaa.. heeee

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...