ShareThis

Selasa, 16 Julai 2013

SEMPERIT TEPUNG JAGUNG



ASSALAMUALAIKUM!!

Udah seminggu kita berpuasa..moga kita semua sihat-sihat dan dapat menjalankan kewajipan kita
menunaikan Rukun Islam yang ketiga dengan sempurna.

Di kampung ambo loni (kalo mengikut Bahasa Malaysia loni tu berarti sekarang) dah mula hujan.
Setiap hari hujan turun, samada lebat dengan tidak aja! Apa-apa pun rahmat dari ALLAH ni tetap
kita terima dengan rasa syukur!

Petang tadi, ambo goreng bihun bodo-bodo aja...nanti kita kongsi ye Jah. Tapi malam nih ambo nak kongsi
resepi biskut raya pulak. Biskut ni ambo buat tahun lepas, gamaknya semasa menyambut Hari Raya Korban.
Lupa pulak ambo!

Itule, selak-selak album gambo, 'ternampak' le gambo biskut 'SEMPERIT TEPUNG JAGUNG' ni.
UUuhhhh...kaso (kasar)nya buatan ambo nih....taada seni langsung! Tapiii..wa cakap sama lu olanggg..
pada wa...miskut ni sangat sidap llhhorr!! Lemak-lemak gitu. Hikhikhik!!!

Nak kongsi??? Boleh aja...tapi jangan buat seperti ambo...besar-besar gedabak! hahahahah!!!
Makan 2 ketul udah kenyang Jah! Takpa moh le kita kongsi!

Bahan asas:

1 tin tepung jagung
250 gm butter
6 biji merah telur
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum

- Goreng tepung gandum - sejukkan
- Pukul telur dengan gula sehingga kembang
- Masukkan butter dan pukul sebatikan
- Masukkan tepung jagung
- Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
- Jika adunan nampak sedikit keras, jangan masukkan semua tepung gandum tu
- Tekan dalam acuan dan hiaskan kismis hitam yang telah dipotong kecil-kecil
- Sedia untuk dibakar

Ambo suka buat biskut semperit walo apa saja resepi..kerana biskut ni adalah biskut kesukaan arwah
mak yang sangat ambo kasihi. Raya ni pun insyaAllah akan ambo buat dengan resepi  lain pulak!
Semoga roh mak ambo tenag di 'sana'! Ambo sangat rindu pada mak ambo!

BYEBYE Jah!




2 ulasan:

reena berkata...

wow...nampak sedap

Tanpa Nama berkata...

amin,nk cbe lha

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...