BISKUT COKLAT OAT

  • 7:33 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMUALAIKUM!

Terdengar-dengar sora Datuk Syarifah Aini yang lemak meredu (merdu) tu!

Rindu.....
ku sungguh rindu
lama tak jumpa bertambah sayang

Jauhhhh....
semakin jauh
hati ku bimbang tiada tenanngggg....!

Iye Jah! Tatak tipu punnyee...memang ambo rindu pada mike! Udah lama bebeno tak bersembang!
Pekabo mike? Baaannyyyaaakkk yang ambo nak kongsi dengan mike tapi tapi..masa sangat mencemburui
kita! Ceh...alasan aja makcik nih! hahahahah!!!!

Betul Jah....hari Sabtu dan Ahad penuh dengan aktiviti yang tak terduga dan terancang....hantam keromolah jadinya! Jemputan kendurilah, ziarah sedara maralah, tetamu berkunjung ke rumah lah...bla..bla...blaaa...!!
Walo apapun, hari ni, di saat ni ambo dah boleh sembang-sembang manja dengan mike!

Di tempat mike hujan tak? Aaaahhhh...di kampung ambo ni boleh dikatakan hari-hari hujan..kalo tak hujan pun, sipi-sipi hujan ada la jugak. Cuaca 'masam' aja, seperti anak teruna putus tunang! hikhikhik!
Ambo tak mau le kata 'anak dara putus tunang' pasal deme ni spesis ambo, tak mau le ambo nak merendah-rendahkan deme ni! Back-up Jah...back-up!!!

Iiissyyy...banyak pulak le bebel ambo kali nih...iyalah lama tak bersembang, macam ni le jadinya!
Walo apapun, di ujung-ujung Syawal ni, ambo masih ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya, ampun maaf ambo pinta dari ujung rambut sampai le ke ujung kaki..mana tau, dalam dok bersembang ada hati yang terluka, terkejut dan semua 'ter' lah! Maafkan ambo ye jah..ambo ni manusia biasa, kot terlepas cakap ke! Tak gitu Jah???

Tujuan sebeno nak berkongsi resepi! Tu lah raya hari tu macam 'tak dan' nak makan biskut raya....jadi lepas raya ambo buatkan lagi! Sekurang-kurangnya kalo kengkawan ke, sedara mara datang ke rumah boleh jugak mengunyah! Nak ke Jah resepi lepas raya nih? hahahah

'BISKUT COKLAT OAT' ni memang lazat, sangat rangup, mike tak percaya boleh coba. Mana tau masih berbaki bahan-bahan biskut sebelum raya hari tu! Resepi nih ambo skodeng dari blog 'resepi mudah'
Ambo sangat suka kalo dapat resepi yang mudah2...maklum aja udah tua...nak yang senang ajalah!

Moh le kita berkongsi resepi biskut sedap nih!

Bahan asas:

3 cawan tepung gandum
6 cawan oat
6 camca besar serbuk koko
1 1/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan minya sapi
1/2 buku mentega

Untuk salutan:
1 1/2 cawan susu tepung
1 cawan gula halus

 - Panaskan oven
- Gaulkan tepung gandum,gula dan serbuk koko sehingga sebati
- Campurkan minyak sapi dan mentega yang telah dicairkan terlebih dahulu
- Masukkan oat dan adun sehingga sebati
- Gentelkan bulat-bulat atau terap dengan acuan ( ikut kemahuan mike )
- Bakar selama 30 minit pada suhu 200 c
- Setelah masak, sejukkan kemudian barulah di salut dengan susu tepung dan gula


Catatan:

Kalo mengikut resepi asal, oat di gaul bersama tepung dan serbuk koko, tapi ambo letak semasa akhir sekali agar lebih rangup. Nak tau sedapnya, mike cobalah Jah!

Maghrib pun dah nak masuk, ambo mintak diri dolu....senang-senang kita jumpa lagi!

BUBYEEEE!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...