DAGING MASAK HITAM

  • 9:11 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



Hitam manis hitam manis
yang hitam manis pandang tak jemu
pandang tak jemu
yang hitam manis
pandang tak jemuuuu.....

OOopppsss...termenyanyi le pulak!

ASSALAMUALAIKUM!!

Pekabo Jah? Sihat sudah pasti kan? Maafle, ambo ni suka menyanyi..hiburkan hati sendiri!
Tempat mike hari ni hujan tak? Di kampung ambo...hujan dari pagi sampai le ke malam ni...ghok ghek...
ghok ghek...Masam mencuka cuaca hari ni! Badan pun rasa 'sue' aja ('sue' kalo ikut Kamus Dewan berarti seram seram sejuk) Hahahah...tu loghat kampung ambo le!

Tapi syukur, walopun hujan tapi hari ni rumah ambo tak banjir sebab hujan tak lebat! Tapi kan Jah, kalo di halaman rumah tu boleh tanam padi! (orang kampung ambo kata boleh 'menyedong') Becak dan membuatkan ambo cuma pijak tanah semasa nak pegi kerja dan balik kerja!

Balik tadi, perut dok nyanyi lagu keroncong. Dari tempat kerja dok berangan apalah nak masak petang ni.
Tak berapa ada 'rasa' nak makan nasi, rasa nak mengunyah makanan lain. Itu le sampai aja rumah terus capai tepung...apalagi Jah...dalam-dalam hujan ni sedap wei kalo mengunyah' cucur ikan bilis' cicah soso cili bersulam dengan air teh panas! Huaaaahahahah...nikmat rasa...walopun sempoi, sekali sekala sedap giler Jah oooiii!!!


Lupakan tentang cucur ambo tu, kali ni ambo nak berkongsi resepi lauk pauk pulak! Itulah raya hari tu ada ambo masakkan 'DAGING MASAK HITAM' di cicah dengan lemang, Selepas tu ambo buatkan sekali lagi
kemudian tu! Anak teruna ambo suka kalo di makan dengan lemang. En suami pun tatak komplen maa!
Si Tecik Hajar orait aja!

Moh le kita berkongsi resepi yang lazat nih!

Bahan asas:

1 kg daging
21 tangkai cili kering
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 kg bawang merah
kerisik (ikut keperluan)
2 inci kulit kayu manis
Sedikit kicap manis
2 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
4 camca besar biji rempah
1 buku gula melaka
1 cawan kicap pekat
4 batang serai (diketuk)

- Potong daging - bersihkan dan toskan
- Cabai kering, bawang dan halia di goreng dengan minyak kemudian di kisar halus
- Jintan manis, jintan putih dan biji rempah di goreng tanpa minyak kemudian di kisar kering
- Campur semua bahan di atas  dengan daging dan perap dengan kicap bunga lawang, kulit kayu
   manis kerisik dan gula melaka selama 2 - 3 jam
- Panaskan minyak dan masukkan bahan yang di perap tadi dan
   letakkan sedikit air (jika perlu).
- Masukkan serai
-Masukkan sedikit air asam jawa dan masaklah sehingga agak pekat
-Perisakan dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas atau lemang

Trei (try) le Jah...sedap tak terkata! Ngehngehngeh!
Ambo sekeluarga suka makan dengan lemang...terangkat Jah!!!!


BUBYEEEE!!!



You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...