Kek

KEK MARBLE

  • 10:44 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


lupakan bahagian atas yang 'hangit' tu! heheheh!!!
ASSALAMUALAIKUM!

Selamat malam Jah. Pekabo mike malam nih? Di Kampung ambo dari petang tadi hujan dan tak berhenti-henti lagi sehingga kini. Jam di skrin menunjukkan angka 9.46 malam. Tapi hujan hari ni tak selebat semalam.
' Hujan main-main ' kata arwah mak ambo dolu...ye lah sekejap lebat dan sekejap ghok ghek ghok ghek!


Sedap tidur malam ni Jah kan! Tarik gebar lagi best! huahuahuahhhh!!! Nantilah masanya akan sampai jugak, tapi kita sembang-sembang dulu Jah kan??? Di  dapur ambo sedang menyejukkan ' kek puding karamel ' dan 'agar-agar lengkong (cincau)' untuk di bawa ke sekolah besok. Esok baru ada 'kelapangan'
nak buat jamuan hari raya. Apa-apalah Jah, asalkan bahagia!!!!

Hari  Ahad pulak, ambo sekeluarga akan ke Pulau Pinang kerana ada urusan. Sentiasa penuh masa ambo nih, nantilah kalo minggu depan tak kemana-mana, ambo nak bersantai-santai di rumah pulak, khususnya
di dapur ambo! Hahahah...bilakah masa itu????

Malam ni ambo sekali lagi nak berkongsi dengan mike sejenis kek yang ambo skodeng dari blog chef idaman Malaya....Cik Mat Gebu! lihat sini . Seperti yang kebanyakan pengikut CMG uar-uarkan, kejadian kek ni memanglah gebu, tapi ambo tak buat 3 kaler, cukup sekadar 2 kaler....sebab rasa malas sangat hari tu...yalah selesai menyiapkan kek (atas permintaan), barulah ambo buatkan kek untuk ambo sekeluarga.

Anak-anak ambo suka kek ni, tapi kali ni ambo rasa kagum pada diri ambo sendiri , pada en suami  kerana dia boleh layan kek nih! Kagum Jah oooiii.
Moh le Jah kita kongsi, mintak izin CMG kerana memanjangkan lagi resepi yang enak nih!! Tapi ambo mohon maaf sebab ambo dah ubah-ubah lebih kurang mengikut tahap kemalasan ambo! heheehh


Bahan asas:

300 garm mentega
280 gram tepung gandum
1 camca besar susu tepung
1 camca teh baking powder (di ayak bersama tepung gandum)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovellate
250 gram gula halus
50 ml susu cair
2 camca teh coklat emulco (ikut keperluan)


-  Putar gula dan ovellate sehingga sebati
-  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar pada kelajuan tinggi sehingga kental dan gebu
- Dalam mangkuk lain, putar mentega hingga pucat pada speed sederhana
   kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati
- Masukkan adunan telur yang dipukul genu tadi ke dalam adunan tepung dan putar lagi dengan speed        sederhana
- Masukkan susu cair dan gaul adunan sehingga sebati
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian - 3/4 adunan asal dan 1/4 adunan yang di campur coklat emulco
- Tuang berselang seli (2 senduk adunan biasa dan sesenduk adunan coklat)
- Sebelum tu panaskan dulu oven selama < > 10 minit.
- Bakar selama 40 minit  pada suhu 175 c (bergantung pada oven masing-masing)


Kek ni, kalo ambo, penemannya ialah teh O suam-suam! Fulamak enaknya sampai terpejam-pejam mata
menikmatinya! Fuhhhh!! Cobalah Jah !!!

BUBYE.....ambo dah nak tidur.....selamat malam Jah...mimpikan ambo ye!


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...