APOM TEPUNG GANDUM

  • 11:06 PG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMUALAIKUM!!


Hihihihi...dah lama tak menjenguk dapur ambo nih....bersawang berjelaga jadinya!
Sebelum tu nak tanya kat mike ...pekabo?  Sihat adanya! Ambo ni sejak kebelakangan ni selalu aja
sakit kaki....Dah test darah, semua hokey cuma pesan doktor.....satu aja......(iissyyy...malu le I nak cakap
kihkihkih...!!!)

Pagi minggu ni ambo dapatlah luangkan masa ambo nak berkongsi-kongsi resepi dengan mike semua!
Kalo rasa nak makan, masak sendiri...dapat makan banyak dan puehati (puas hati) Tak gitu Jah???
Gambar masakan ambo berderet, tapi suntuk sungguh masa, maklum aja udah tua nih.....pergerakan macam
siput....slow aja !!

Selesai menyidai kain basuhan, ambo mengadap benda alah ni pulak sebab rindu dengan mike!
Pagi ni ambo nak berkongsi makanan  tok nenek pulak dengan mike. Sebenonya APOM TEPUNG GANDUM ni ambo buat udah berminggu, tapi ni lah baru berpeluang nak berkongsi!
Itu le kalo dulu arwah mak ambo buat guna 'ibu roti' yang berbiji halus tu! Guna gula merah dan di peram
semalaman. Tapi loni (sekarang) ada yis segera, lagi senang le nak buat kan?

Ambo buat 1/2 kilo tepung dan dapat satu adunan yang gebu dan sedap. Di cicah pulak dengan 'nyok kukoq' (kelapa parut) wah.....sedap bukan kepalang. Dolu semasa arwah mak masih ada, rajin le arwah
mak buat, senang kan...bangun pagi kukus sekejap dah boleh makan. tak payah le nak mikio-mikio (fikir)
nak masak apa!

Banyak pulak sembang ambo pagi ni....moh le kita berkongsi !

Bahan asas:

1/2 kilo tepung gandum
1 cawan gula perang
2 cawan air
sebungkus yis segera (mauripan) dicampur dengan 1/2 cawan air suam

- Gaul tepung dengan gula perang hingga sebati
- Masukkan yis yang telah hancur - digaul rata
- Masukkan air sedikit demi sedikit
- Sapu sedikit minyak pada loyang
- Tuang adunan tepung tadi ke dalam loyang dan perapkan sehingga 1 1/2 jam atau sehingga adunan
   naik 2 kali ganda
- Kukus selama 45 - 50 minit

Ambo makan dengan 'nyok kukoq' yang di gaul dengan sedikit garam dan gula.
Kalo nak sedap, nyior yang tua bukan yang masak (kulit kaler gelap tu)
Eeeeerrrmmmmm...rasanya   lemak-lemak, manis-manis gitu!!! Muuaaahhhh!!!


BUBYEEE!!!

Waktu masak dah tiba!!
Hari ni dah rancang nak goreng ayam bercili dengan masak taucu ikan gelama.
Sayur hijo mesti ada wweiii!!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...