AYAM MASAK PAPRIK

  • 1:12 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMUALAIKUM!!

Selamat tengahari semua! Udah masak tengahari ke? PPssstttt.... masak apa tengahari ni Jah!
Itu le ambo jarang mengadap benda alah ni waktu-waktu begini...tapi kerana nak berkongsi resepi dengan mike dan juga kerana hujung minggu ni ambo tak kemana, itule ada masa bersembang dengan mike
tengahari rembang nih!


Sambil dok menunggu cik mesin membasuh gebar dan cadar, ambo rembat le masa senggang nih! hahahahah!!! Pagi tadi ambo 'berseghok' ( bersarapan) dengan 'apam tepung gandum' aja! Sedap juga wei!
Di cicah pulak dengan  'nyor kukor' (kelapa parut)! Walawolee.....sedap Jah! Iiissyyy...apa benda yang tak pernah sedap di tekakku ini? Waahahhahhh!!!  Nanti kita kongsi ye Jah!!

Tengahari nih ambo nak berkongsi masakan sempoi ambo! Semua orang biasa masak dan macam-macam cara masakan deme! Ni cara ambo le ya...yang selalu ambo buat ...yang sedang-sedang gitu Jah...!!
Apa? iyaaaa...tak lain tak bukan 'AYAM MASAK PAPRIK' le Jah!!!

Moh le jangan buang masa emas kita....sempat lagi kalo nak cuba! Ngehngehngeh!!!!

Bahan asas:

1 mangkuk isi ayam
2 ulas bawang putih + 1 labu bawang besar (kisar)
2 camba besar cili kering (yang telah di kisar)
4 camca soso tiram atau boleh juga guna kicap manis
1 batang karot
Sedikit bunga kobis
Sedikit kacang panjang (kalo mike suka)
Sedikit putik jagung (pilihan)
4 biji cili padi (di ketuk)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun limau purut


- Tumis  bawang yang dikisar hingga naik bau dan letak ayam
- Letak sedikit air (untuk empukkan ayam)
- Setelah ayam empuk, masukkan cili kisar, soso tiram dan garam
- Akhir sekali masukkan sayur dan dan daun limau purut - masak hingga separuh empuk
- Perisakan dan bolehlah di hidangkan


Catatan:
Jika mike nak pekatkan kuah, bolehlah di masukkan tepung jagung


Itule masakkan sempoi ambo, ayam paprik nih kalo di makan dengan nasi panas-panas...berpeluh
jujak tu! Nenenk kebayan lalu kok belakang pun tak nampak! hehehehh!!!

Selamat berhujung minggu!!

BUBYEEE!!!!







You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...