ShareThis

Jumaat, 6 September 2013

RUMAHKU BANJIR LAGI!





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat tengahari semua! Rumah ambo semalam banjir....lagi sikiiittt je nak masuk ke dalam rumah!
Bimbang...teramat bimbang. Bukan apa, kalo dah masuk tu, walopun tak tinggi mana, tetap kena bersihkan!
Penat Jah...sangat penat!

Mana nak pindahkan barang-barang lagi. Itule dalam rumah ambo, lantainya tak pernah beralas cantik. Cukup sekadar sekeping tikar, senang nak gulung kalo banjir!Malas ke makcik? Tak....takkkkk...rasa sayang nak keluarkan tenaga! hahahahahah!!!!

Hari ni suasana kampung ambo masih lagi berwajah muram...masam! Gamaknya hujan nak turun lagi nih!
Ya Allah.... tolonglah! Penat sangat!!!

Parit kecil di depan rumah udah tak mampu nak membendung air yang banyak. Kawsan rumah ambo pulak tu, terletak di tempat yang agak rendah dan di kelilingi oleh parit-parit yang 'hidup'! Maksud ambo parit ni
bermula dari bukit, jadi kalo di kampung tak berapa lebat pun, udah di bukit hujan lebat, banjir jugaklah jawabnya!

Kalo musim banjir, kalo surut pun akan mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan semua kawasan. Segala sampah sarap, ranting kayu, segala bangkai akan 'transit' di kawasan rumah ambo! Aluhai Jah..
rasa nak 'teghoyak' (menangis) Jah!

Apa-apapun, ambo bersyukur kerana semalam, air hanya penuh di kawasan sekeliling rumah, bukan di dalam rumah! Tapi, beranda depan dan beranda belakang pun penuh dengan air.. Sekarang ambo udah tak membela ayam, kerana sangat kesian bila banjir. tak tentu hala jadinya ayam-ayam ambo tu!

Itulah ye kejadian alam, rahmat dari ALLAH sebenarnya! Apapun, ambo tetap disini, dan akan terus di sini menjaga teratak kesayangan ambo dan menjaga tanah air ambo yang ambo kasihi ini.


 BUBYEE!!

1 ulasan:

MOBYDICK berkata...

Salam Chumah,bawak ler bersabor yer...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...