PAU GORENG GEBU

  • 10:33 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 2 Comments



ASSALAMUALAIKUM!!


Geram jangan engkau geram
geram...geram....
Geram bermacam ragam
bermacam ragam.....
kerana suka...kerana marah
janganlah kau gerammmmmm...!

Ngehngehngehhhh! Sangat sesuai lagu nyanyian Black Dog Bone tu dengan ambo!
Sangat sesuai......tapi beberapa hari sudah le Jah oooiii!!!!
Sikalang..tatak sesuai lagi llhhoo !!!! Kesabaran ambo sudah menurun....ambo dah tak
'geremmm' lagi!! kuikuikui!!

Itulah bahananya kalo buat kuih 'tak jadi'! Kejadian ni berlaku beberapa hari sudah!
Molut nak makan, anak-anak pun nak makan, encik suami pun terhengen le jugak!
Uli punya uli, adunan tak 'naik' !!

Jah ooiiii! Bukan salah ibu mengandung, bukan jugak salah nengok resepi, tapi salahnya ambo
sebab guna 'yis' yang telah lama di buka! Aluhai Jah...'berhangin' satu badan! heheheheh!!!
Kerana ' geram ' juga ambo buat sekali lagi besoknya....kira siaran ulanganlah!
Apapun, Alhamdulillah! kali ni menjadi Jah...gebu sesangat!
Sedap toksah kata le Jah.....(masuk lif tekan butang le kite!) kehkehkehhhhh!!

Nak ke mike kongsi resepi...inipun ambo skodeng dari 'Kongsi Resepi' Mencari-cari kat Cik Google, dapatle resepi dari Izah Muffin Lover ni! Tu dia ' PAU GORENG GEBU'!
Ambo buatkan inti sambal ikan bilis aja Jah!
Sedap Jah kalo mike makan bersulam dengan ayo kopi panaz-panazzz!!! Fuhhh!!!!!


Moh le kita!

Bahan asas:
250 gram tepung roti
6 gram yis kering (mauripan)
50 gram gula (ambo guna gula kastor)
2 biji kuning telur
100 ml air
50 gram butter (ambo guna majerin aje!)
1 camca teh garam halus (ambo campur dengan air)

- Ayak tepung ke dalam mangkuk dan campurkan yis - gaul rata
- Campurkan telur, gula dan air - gaulkan lagi
- Masukkan majerin
- Uli doh sehingga tidak melekat dan rehatkan selama 1/2 jam
- Tumbukkan doh (kempiskan) dan bentukkan doh sama saiz (bulatkan)
- Untuk buat pau, canai dan letakkan inti
-Rehatkan doh sekali lagi selama lebih kurang 20 - 30 minit
-Gorenglah dengan menggunakan minyak yang banyak dan api mestilah yang paling kecil

Worait...mike boley trei ini masakan....makan di masa santai bersama keluarga memang
sedap! Apa-apapun masakan ambo begheh sokmo!

Iiiisssyyyy! Udah pukul 11.10 malam Jah! Udah mengantuk ambo nih.......!
SELAMAT MALAM! Mimpikan ambo ye!!!

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam Chumah,ambo lama dah tak buat pau ni,kadang2
    ada juga time tak jadi,tak naik...

    BalasPadam
  2. Sejuk ati dengo nasihat dari Muhammad!
    Apapun terimakasih kerana 'jenguk' chumah!

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...