AYAM MASAK MERAH

  • 11:41 PG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 3 Comments



ASSALAMUALAIKUM!!!

Jam di skrin ambo menunjukkan angka 11.03 minit pagi. Hari nih ambo tak buat apa-apa, cuma petang satgi (nanti) ambo akan buat kek coklat (atas permintaan) 2 biji. Jadi di luang masa terhad nih sebelum ke dapur untuk masak tengahari, dan (sempat) le ambo nak bersembang-sembang manja dengan mike!

Di rumah sunyi senyap, kerana en suami dan Aiman ke kebun, ngait kelapa sawit. Tinggallah ambo dok sorang-sorang di rumah. Sambil-sambil sembang dengan mike , ambo basuh cadar-cadar yang dah lama
tak berbasuh!

Gamaknya apa mike nak masak hari nih ya? Di kepala ambo, hari ni cuma nak masak Kari Udang dengan kacang, dan Ayam goreng berempah permintaan en suami. 2 menu tu dah cukuplah kan?
Ambo cukup sekadar ikan goreng dan sambal belacan. Nanti pegi belakang rumah, kutip sikit pucuk ubi, rebus buat ulam! Fulamakkkkk!!! sedapnya Jah...sungguh menyelerakan!

Apa-apapun, moh kita berkongsi resepi untuk hari ni. 'AYAM MASAK MERAH' ni ambo masak minggu lepas, kiranya udah tarikh luput dah, yang tinggal hanya gambarnya aja! 'AYAM MASAK MERAH' ni ambo masak beregu dengan Nasi Daging. Tak nyempat nak berkongsi hari tu, ni lah baru ada kesempatan.
Maklum aja....tenet ciput...jenuh dok tunggu kalo nak masukkan gambo!

Moh le Jah kita semak resepinya!


1/2 ekor ayam
1 inci halia
2 camca besar cili kisar
2 biji bawang besar
3ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 camca kecil kas-kas
2 camca besar tomato sos
Sedikit air asam jawa
1 pokok daun sup
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar - di potong bulat-bulat untuk hiasan

- Ayam di potong dan di bersihkan kemudian di sgaul dengan sedikit garam & kunyit
- Kisar bawang besar, bawang putih, buah keras dan kas-kas
- Goreng ayam 3/4 masak
- Tumis bahan kisar bersama cili hingga pecah minyak
- Masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit air
- Masukkan tomato sos
- Setelah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar
- Perisakan dan setelah masak, tutup api dan tabur daun sup yang telah di potong - sebatikan.
- Siap untuk di hidangkan


'AYAM MASAK MERAH' ni sedap jugak kalo di makan dengan nasi putih.
Ayam memang lauk kesukaan keluarga ambo, jadi selalulah ayam menjadi pilihan kalo ke pasar!
Ambo pulak paling suka ayam goreng!

Cukuplah kita sembang hari ni kan Jah...ada kelapangan malam nanti kalo tenet ambo laju,
kita sembang pulak!

BUBYE Jah!!!!
Selamat menikmati makan tengahari!!
 



You Might Also Like

3 comments

  1. Thank you for demography the time to altercate this, I admission absinthian about it and applause to abecedarian added about this subject. If possible, as you accession expertise, would you apperception afterlight your blog with added information? It is acutely advantageous for me.
    Electromagnetic Lock Dealers in bhubaneswar

    BalasPadam
  2. It is a action traveling through your post. I acquire bookmarked you to assay out new accepting from your side.
    Biometric Time Attendance System Supplier in bhubaneswar

    BalasPadam
  3. Excellent blog you have got here.. It’s difficult to find good quality writing like yours these days. I truly appreciate individuals like you! Take care!!
    plus FingerPrint RFID Card Time Attendance System

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...