Kek

KEK SARANG SEMUT

  • 7:34 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 7 Comments






Bila macam ni ghope (rupanya), Aiman kata geli dan takut nak makan!!! heheheheh


ASSALAMUALAIKUM!!

Telahku terima surat mu yang lalu
penuh sanjung dan kata merayu
syair dan pantun tersususun indah
sayang
bagaikan sabda fatwa pujangga....!!!

Sedap lagu tu! Ia dinyanyikan oleh Allahyarhan S. Effendi penyanyi yang cukup popular dari Indonesia
suatu ketika dulu. Ambo pun suka dengar lagu nih yang kemudian dinyanyikan semula oleh Biduanita Syarifah Aini. Dua-dua orang suara sedap. Allahyarhan S.Effendi pernah juga berduet dengan Allahyarhan Dato' Ahmad Jais. Orang-orang dulu macam ambo memang suka lagu-lagu macam nih!
Dengar berapa kali pun tak jemu!

OOoooo...macam la jugak ' KEK SARANG SEMUT' ni...berapa kali ambo belasah pun, tetap tak jemu-jemu. Dek kerana rasanya yang sedap.... teksturnya yang kenyal-kenyal gitu....tu sebab tak jemu-jemu ambo makan!

Kejadian ni udah 2-3 minggu sudah, tak silap ambo le. Anak ambo Si Aiman memang le peberet dia kalo
kek lagu ni. SSyyyyyyy....en suami pun selalu jugak kata  ' kalo kek ni..kita makan le!' hahahah...tu yang ambo boleh kata selalu le buat untuk deme dua beranak ni!

Ambo masih menggunakan resepi ambo terdahulu...iyalah kalo resepinya  (pada ambo) sedap...ambo tak berapa gemo (gemar) le nak menukarnya!
Cuma kali nih ambo menggunakan sedikit baking powder dan 'memerap adunannya! Itu aja perbezaannya.
Boleh ke mike selak resepi ambo yang lepas (kalo sudi) atau jugak nak ambo tuliskan sekali lagi?

Oooo.....senang cerita kita tulis sekali lagi le resepinya..tak susahpun...mengadap keyboard, letak jari dekat situ..tekan huruf yang mana nak....jadi le resepi ambo untuk mike ....!!! Hehehehehehhhhh!!!

Moh kita kongsi resepinya!


Bahan asas:

8 biji telur (ambo guna Gred A)
2 cawan tepung gandum
1 camca besar soda bikarbonat
1 camca teh baking powder
2 cawan gula
2 cawan air
1/2 tin susu pekat manis
3 camca besar planta

- Hanguskan gula dan setelah gula perang masukkan air  dan planta -didihkan sehingga cair - biarkan sejuk
- Pukul telur hingga kembang
- Tepung di ayak bersama dengan baking powder dan soda
- Masukkan tepung dan gula hangus ke dalam telur tadi
- Kisar semua adunan menggunakan speed sederhana - agar tepung tidak berketul-ketul
- Perap selama 1 - 2 jam
- Masukkan adunan kedalam loyang (lebih elok kalo loyang di sapu planta dan di lapik dengan kertas kek)
- Bakar menggunakan api bawah selama 35 minit dan 25 minit api atas bawah
- Setelah masak - sejukkan dan bolehlah di hidangkan

'KEK SARANG SEMUT' ni kalo di makan pagi-pagi pun sedap, sebab anak teruna ambo kata tak 'muak'
maksudnya tak rasa nak termuntah sebab tak lemak macam kek mentega!

Ambo 'setop' di sini, Maghrin pun dah dekat nih...kita jumpa lagi nanti!

BUBYE.....BUBYEEEEE......!!!


You Might Also Like

7 comments

  1. dulu2 saya pernah buat..tp rongga dia separuh ja...sblh atas jd mcm kek biasa...kebanyakan org pun mcm tu saya tgk... bila min ckp pasal perap n cara guna api atas bwh tu baru saya terfikir... nk cuba la...tk amin....

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam. Cubalah cara ni pulak Cima! Terima kasih kerana sentiasa menyokong!

    BalasPadam
  3. Thanks for writing in such an encouraging post. I had a glimpse of it and couldn’t stop reading till I finished. I have already bookmarked you.
    fingerPrint Plus Card provider in bhubaneswar

    BalasPadam
  4. Wow!nice website you admission here! Accrue up the able work!
    wholesale Jewelry

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...