NASI LEMAK

  • 10:30 PG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi!!

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
tinggal emak tinggal saudara
kerana kasih hamba turutkan!!!

Hohoho.....kita boleh berpantun begini..tapi kita jangan buat perangai cenggini!
Emak dan saudara tiada galang gantinya! Dalam susah payahpun deme tetap menyayangi kita!
Kalo kekasih tu........rasa ambolah...boleh cari lainkan?

Lagu ni mengingatkan ambo kepada biduanita Rafeah Buang (Allhayarham), Dialah nyanyi lagu ni,
Mendayu-dayu...Gamaknya kalo orang dok tengan cintan cintun, mesti siot giler nyanyi! hahahahah!!!!

Ambo selitkan pantun ni..sebab baru lepas selak album gambar makanan ambo, terjumpalah NASI LEMAK' yang ambo masak dolu-dolu. Saja nak selit je. Snap-snap gambo...teruskanlah 'menyenap' di sini!
hihihiiii!!

Semua orang boleh masak NASI LEMAK kan? Jadi ambo rasa tak payah masukkan resepinya sebab
ianya main campak-campak je ke dalam periuk! Cuma ambo kongsi bahannya aja!

Beras
Santan
Sedikit garam
Bawang besar di potong dadu
Beberapa helai daun pandan( untuk mewangikan nasi)
Beberapa potong halia

Moh le kita makan nasi lemak. Ambo kalo nasi lemak suka makan dengan sambal tumis ikan bilis dan hirisan timun.

Worait Jah untuk pagi ni, \kita jarang dapat berborak waktu pagi!

BUBYE!!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...