ShareThis

Sabtu, 12 April 2014

KARI TELUR PECAH


ASSALAMUALAIKUM!

Kalauku bayangkan
dirimu jauh dari ku
betapakah sunyi tentu tidak
seharum dulu......!

Selamat malam Jah!

Malam nih ambo nyanyi lagu J.Mizan pulak. Suaranya sedap jugak ..pada ambo le!  hihi!
Penyanyi nih berasal dari Singapura dan abang ipar kepada Effa Rizan dan biras kepada Biduan Dhalan Zainuddin. Heheheheh..mike yang muda-muda tentu tak kenal siapa orangnya tapi kalo mike dok dengo Radio Klasik.....memang biasa dengar!

Pekabo mike? Ambo? Sihat-sihat aja cuma kaki ambo rasa sedikit sakit sebab
tadi siang berdiri dan berjalan terlalu lama! Kenapa? Ooooo..ambo dok membersihkan sekeliling rumah ambo. Almaklum aja rumah orang kampung...daun-daun selalu gugur......semakkkkkkk sangatttt Jah oooooiii!!!  Hari-hari cuti beginilah nak membersihkan kawasan di luar rumah...sekurang-kurangnya keluar jugak peluh di badan!

Malam nih ambo nak kongsi keenakan KARI TELUR PECAH pulak dengan mike. Biasanya orang buat Kari telur yang di rebus....tapi anak teruna ambo lebih berkenan dengan KARI TELUR PECAH nih......
dia kata lebih mesra alam....iyalah...betullah mesra sebab telurnya berpalut dengan kuah kari! Tak gitu Jah?

Kita toksah cakap lama-lama le Jah, sebab nanti ambo nak tengok drama ' isteriku doktor, suamiku jururawat' pulak!Ambo kan peminat drama tegar! hihihihi!!!

Moh le kita selak resepinya!

6-7 biji telur ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 camca besar serbuk kari daging
3 cawan santan
1/4 cawan air asam jawa
2-3 tangkai daun kari
2 camca besar kerisik
Garam mengikut keperluan
Minyak untuk menumis

- Bawang putih dan bawang besar di kisar (ambo biasanya menggunakan pengisar kering)
- Serbuk kari di bancuh dengan sedikit santan

- Panaskan kuali dan tumis bahan kisar bersama dengan daun kari
- Setelah garing - masukkan serbuk kari dan tumis sehingga naik minyak
- Masukkan santan dan garam serta kerisik dan air asam jawa
- Kacau untuk mengelakkan kuah berketul-ketul
- Setelah menggelegak - tutup api
- Pecahkan telur perlahan-lahan satu persatu dan biarkan telur beku
- Setelah telur beku, buka api dan biarkan kari masak
- Bolehlah di angkat


KARI TELUR PECAH ni sangat sedap di makan dengan nasi panas-panas. Satu lauk ni pun dah cukup
kalo dah perut minta di isi.

Jom kita tengok drama Jah!!

BUBYE!!!!

4 ulasan:

IeRA berkata...

salam perkenalan dari saya

chumah berkata...

Terima kasih di atas sokongan anda!

bridgeadvisorsllc1 berkata...

Excellent info..thanks admin.
retirement income planner

bridgeadvisorsllc1 berkata...

Just search on google and you can easily find best company.
retirement income planner

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...